'Depa tak tau tugas negara tidak mudah', PM Anwar bawa cucu merungut jarang di rumah ke pejabat


  • Primer
  • Ahad, 20 Apr 2025

Anwar membawa cucunya meninjau pemandangan dari dalam pejabatnya di Putrajaya. — Facebook/Anwar Ibrahim

SEPERTI diketahui, memegang tanggungjawab selaku Perdana Menteri bukan satu tugasan mudah kerana ia menuntut komitmen yang cukup tinggi terutamanya daripada segi masa termasuk ketika cuti umum dan hujung minggu.

Sebagai ketua kerajaan, perdana menteri tidak hanya terlibat dalam hal dasar dan pentadbiran negara, malah perlu menyelia pelbagai aspek penting termasuk ekonomi, hubungan luar, kestabilan politik, serta kesejahteraan rakyat.

Itulah juga situasi dihadapi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beliau dilantik menerajui Kerajaan pada November 2022.

BACA LAGI: Gerai masakan Pantai Timur 'bungkus', wanita asal Kota Bahru buka agensi pelancongan teroka destinasi unik Eropah antaranya buru cahaya aurora

BACA LAGI: Berkat jaga ibu di Muar, tinggalkan bisnes di KL, Bahar raih pendapatan lumayan teroka sektor pertanian

Malah, kesibukannya dalam menguruskan negara turut menghadkan waktu yang dimilikinya bersama keluarga.

Menerusi perkongsian terbaharu di Facebook, Anwar berkata, disebabkan itu, beliau turut menerima rungutan daripada cucunya sendiri.

Anwar meluangkan masa melayani cucunya yang datang melawat ke pejabatnya di Putrajaya. — Facebook/Amnan Ibrahim

"Cucu merungut kenapa saya jarang di rumah. Depa tak tau tugas untuk negara tidak mudah. Lantaran itu saya bawa depa mai pejabat tengok saya bekerja," tulisnya pada Ahad.

Menerusi hantaran tersebut, Anwar turut berkongsikan foto memaparkan kehadiran cucu-cucunya ke pejabat beliau yang terletak Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, Anwar dilihat membawa dan melayani cucunya untuk melawat ke ruangan yang menjadi tempatnya bekerja dan menjalankan tugas sebagai perdana menteri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram