
DI sebalik kesibukan menguruskan hal ehwal negara, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mencuri perhatian warga maya apabila tular satu momen manis beliau menikmati persembahan lagu Azizah yang didendangkan kumpulan pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.
Klip video tersebut dikongsi di laman TikTok seorang pengguna, Abam Kemam yang menunjukkan Anwar tersenyum lebar sambil menikmati irama lagu P. Ramlee itu yang tentunya berkaitan dengan isteri tersayang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Rakaman di lapangan terbang itu menyentuh hati ramai warga maya yang memuji sisi romantik seorang pemimpin negara yang tetap menyimpan rasa kasih mendalam terhadap isterinya, meskipun di tengah-tengah jadual yang begitu padat.
BACA LAGI: Ketahui mengapa kita tidak dapat mengingati apa yang berlaku sewaktu bayi
@abamkemam Siapa yang dapat teka lagu apa? Korang memang rare! #abamkemam #abamkemamtv #pancaragampusatpdrm #royalmalaysiapoliceband #polisdirajamalaysia #royalmalaysiapolice #pdrm #pmx original sound - Abam Kemam
Seorang pengguna X, Adam Yusuf beranggapan, menikmati dendangan lagu itu merupakan cara Anwar melepaskan rindu buat isterinya.
‘Oh Nona ku Azizah’ satu penghormatan buat kumpulan pancaragam yang memainkan lagu kegemaran PMX.
"Mungkin melepaskan kerinduan kepada Wan Azizah dalam kesibukan urusan negara dengan jadual yang penuh," katanya.
Sementara itu, pengguna lain, Khazanah turut meluahkan kekaguman terhadap keteguhan peribadi PMX.
"Lagu Azizah buat Kak Wan yang disayangi sepanjang hidupnya. PMX seorang yang teguh imannya dan berperibadi tinggi. Saya tetap sokong DSAI," katanya.
Warga maya, Norlidahamzah4 pula menyentuh sisi kepimpinan DSAI yang dihormati sejak dahulu,
“Lagu Azizah, terbaik PMX. Pemimpin yang terhormat sejak dulu. Walau dihina, beliau tetap berdiam. ALLAH tahu keikhlasan beliau mentadbir negara. Semoga sentiasa sihat," katanya.
Anna pula melihat betapa kasihnya Anwar terhadap isterinya tanpa mengira waktu dan tempat.
“Betapa PMX sayangkan isterinya walau di mana dia berada," katanya.
Momen itu juga membuat ramai terkenang kembali kisah cinta dan perjuangan pasangan itu.
Anwar dan Wan Azizah telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 1980 dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha, Ehsan, Nurul Iman, Nurul Ilham dan Nurul Hana.
Wan Azizah sendiri menjadi lambang kesetiaan seorang isteri.
Saat suaminya dipecat dan ditahan selama sembilan tahun, beliau kekal tabah memperjuangkan keadilan sehingga tertubuhnya Parti Keadilan Nasional pada 4 April 1999 iaitu kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram