
GAYA seorang anggota keselamatan wanita di Universiti Selangor (UNISEL) Bestari Jaya, Selangor baru-baru ini mencuit hati orang ramai.
Menerusi video tular di media sosial sejak Jumaat, dia bersama seorang lagi anggota keselamatan lelaki sedang mengawal pergerakan pelajar untuk memasuki kawasan universiti.
Namun, lebih menarik perhatian apabila wataknya yang mesra dan ramah ketika menegur pelajar.
Sukanya tengok anggota keselamatan yang ada macam mak-mak ni. Kena marah pun rasa macam kena marah dengan mak sendiri jepic.twitter.com/uVPzPRWwRK
— kamaghul deghaman (@kamaghul) April 17, 2025
Dalam video sama, kelihatan juga sikapnya yang tegas seakan-akan seorang ibu menegur anaknya apabila membuat kesalahan.
Tindakannya itu secara tidak langsung membuatkan para pelajar mudah untuk mematuhi arahan serta senang didekati.
Rata-rata warga maya yang menonton video itu juga menyarankan agar anggota keselamatan lain turut dapat melakukan perkara sama.
"Sukanya tengok anggota keselamatan yang ada macam mak. Kena marah pun rasa macam kena marah dengan mak sendiri," tulis @kamaghul.
"Kalau sporting macam ini mesti disayangi pelajar," komen @zulazri03. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram