[VIDEO] Buku teks percuma, cuti 'weekend' antara jasa Pak Lah dikenang rakyat Malaysia sampai bila-bila


  • Massa
  • Selasa, 15 Apr 2025

Pak Lah disahkan meninggal dunia di IJN pada Isnin.

PEMERGIAN bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan bekas mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia.

Meskipun jasadnya sudah tiada, namun jasa dan sumbangan besarnya masih dikenang.

Perubahan dalam sistem pendidikan dan pekerjaan antara sumbangannya yang memberi kesan kepada masyarakat sehingga kini.

BACA LAGI: Jenazah Tun Abdullah selamat dikebumikan, pemimpin ke-5 bersemadi di Makam Pahlawan

BACA LAGI: [VIDEO] Akibat dendam, lelaki ditetak, dilibas parang dalam pusat beli-belah Seremban

 

 

 

 

Mengulas lanjut, beberapa pengguna media sosial tidak terkecuali dalam menyatakan jasa Allayarham yang juga dikenali sebagai Pak Lah.

"20 tahun lalu (2005), Malaysia mula lima hari bekerja seminggu. Sebelum itu, secara lazimnya, Sabtu semua akan bekerja pukul 9 pagi hingga 1 petang.

"Walaupun kerja setengah hari, kita tiba di rumah pukul 2.30 hingg 3.30 petang.

"Pak Lah yang sudah buat perubahan ini untuk beri lebih masa rehat dan masa dengan keluarga," tulis @hizwani.

"Terima kasih Pak Lah. Buku teks percuma 100 peratus, budi bahasa budaya kita, Islam Hadhari, pertanian adalah perniagaan," komen @RejuvenaSiti.

Rata-ratanya kepimpinan Pak Lah juga amat disenangi di samping polisinya yang memberi impak besar dalam kemajuan Malaysia.

Pada Isnin, Pak Lah menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara (IJN) pukul 7.10 malam pada usia 85 tahun.

Jenazahnya juga selamat disemadikan di Makam Pahlawan dekat Masjid Negara, Kuala Lumpur sekitar pukul 2.30 petang Selasa.

Untuk rekod, Pak Lah juga pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-5 pada 2003 bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menamatkan tempoh perkhidmatannya selama 22 tahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram