Selangor kutip RM4.74 juta bantu mangsa kebakaran Putra Heights


  • Primer
  • Rabu, 16 Apr 2025

Dana itu dilancarkan pada 4 April lalu bagi menyokong pemulihan dan membantu mereka yang terjejas oleh insiden itu.

KERAJAAN Selangor mengumpul RM4.74 juta melalui Tabung Prihatin Selangor bagi membantu mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang menyumbang dan memainkan peranan dalam proses pemulihan,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.

Dana itu dilancarkan pada 4 April lalu bagi menyokong pemulihan dan membantu mereka yang terjejas akibat insiden itu.

BACA LAGI: Harga berpatutan, hidangan pantas resipi bisnes nasi daun pisang anak Kedah berkembang, cecah pendapatan RM70 juta

BACA LAGI: Obsesi baharu bilionair China jaga masa depan negara

Ia meliputi bantuan tunai, pembaikan rumah dan penginapan sementara.

Pada 1 April lalu, kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas di Putra Heights menyebabkan kerosakan signifikan terhadap kawasan sekitar dengan api marak setinggi 30 meter dan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius.

Insiden itu menjejaskan 219 rumah, dengan sebanyak keluarga terpaksa dipindahkan.

Amirudin turut berkongsi bahawa beliau mempengerusikan sesi taklimat khas mengenai insiden itu kepada ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan anggota parlimen pada Selasa.

Tambahnya, dua pusat pemindahan sementara masing-masing di Putra Heights dan Dewan Cameli ditutup secara rasmi pada Jumaat lepas selepas semua mangsa dibenarkan pulang, dengan syarat rumah mereka disahkan selamat.

“Mereka yang masih memerlukan penginapan telah dipindahkan ke rumah sewa tajaan kerajaan, termasuk unit yang diatur melalui platform Airbnb,” katanya.

Pada Selasa, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Lau Weng San berkata, kebakaran di Putra Heights dan isu berkaitan keselamatan zon penampan dijangka dibincangkan semasa DUN akan datang pada Julai depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram