
PEMANDU kenderaan yang merempuh seorang lelaki yang sedang tampil membantu mangsa kemalangan di Taman Desa Jaya, Johor Bahru, Johor pada Ahad mempunyai 22 rekod kesalahan trafik.
Menuru laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak memaklumkan pemandu terbabit merupakan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun.
Antara kesalahan dilakukan adalah penggunaan nombor pendaftaran fancy, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tidak mempamerkan pelekat P dan mengubah suai struktur kenderaan.
BACA LAGI: Obsesi baharu bilionair China jaga masa depan negara
Mohd Sohaimi berkata, suspek masih dalam tahanan reman sehingga Rabu depan dan kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, suspek yang memandu kenderaan jenis BMW ditahan selepas memandu dalam keadaan mabuk sehingga merempuh seorang lelaki yang sedang membantu mangsa kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal warga Myanmar kira-kira pukul 2 pagi.
Dalam kejadian itu, penghantar makanan, Mohd Taufik Ariff, 37, maut di tempat kejadian dirempuh BMW ketika membantu penunggang motosikal terbabit yang turut maut di tempat kejadian akibat kemalangan yang berlaku.
Mohd Sohaimi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) dan Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang merangkumi kesalahan menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu serta memandu di bawah pengaruh alkohol. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram