[VIDEO] Kes kebun Musang King Pahang: MP Raub ditahan polis


  • 112
  • Isnin, 14 Apr 2025

Yu Hui (depan, lima dari kanan) ketika membuat bantahan bersama sekumpulan pekebun durian di Raub baru-baru ini. — Facebook/Chow Yu Hui

AHLI Parlimen Raub, Chow Yu Hui dan Pengerusi Save Musang King Alliance (Samka) Wilson Chang ditahan polis pada Isnin untuk untuk membantu siasatan.

Terdahulu, Yu Hui dan Wilson hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Raub kira-kira pukul 4 petang Isnin dengan ditemani peguam masing-masing.

Difahamkan, kehadiran mereka berkaitan siasatan kejadian semasa pelaksanaan operasi khas bertujuan membanteras pencerobohan tanah membabitkan kumpulan pekebun durian Musang King di daerah tersebut.

BACA LAGI: Harga berpatutan, hidangan pantas resipi bisnes nasi daun pisang anak Kedah berkembang, cecah pendapatan RM70 juta

BACA LAGI: Obsesi baharu bilionair China jaga masa depan negara

Dalam pada itu, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman menerusi laporan media tempatan turut mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, Yu Hui dan Wilsan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Perkara mengenai penahanan tersebut turut dimakklumkan pentadbir Facebook Yu Hui.

“Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui dan Pengerusi SAMKA, Wilson Chang disahkan oleh peguam bahawa ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan: Menghalang penjawat awam pada menjalankan kerja-kerja jawatannya.

“Kami akan terus memantau perkembangan kes ini dan akan mengemaskinikan maklumat terkini melalui Facebook dan media secepat mungkin,” ujar hantaran tersebut.

Polis sebelum ini memaklumkan akan memanggil lima individu termasuk Yu Hui bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika operasi penguatkuasaan di sebuah ladang durian di Raub baru-baru ini.

Video mengenai kejadian tersebut turut tular di media sosial. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram