Musang King segar Malaysia dijangka tiba di China September ini


  • Bizz
  • Ahad, 28 Jul 2024

Arthur (depan, kanan) semasa lawatan kerja ke Duriotourism Mardi di Kuala Kangsar pada Ahad.

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjangkakan eksport durian segar ke China dapat dilaksanakan pada September nanti.

Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, kementerian berkenaan kini dalam proses untuk mengeluarkan Sijil Fitosanitasi bagi tujuan pembersihan dan memastikan memenuhi syarat ditentukan.

Sebelumnya, KPKM telah mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) yang mengambil masa dua hingga tiga bulan dengan ia merupakan sebahagian proses mengeksport durian segar ke China.

BACA LAGI: [VIDEO] Kemarau dipercayai punca air kolam bertukar warna 'pink' di Hawaii

BACA LAGI: [VIDEO] Nak selamatkan budak lemas tapi maut terkena renjatan elektrik di kolam pusat beli-belah

"Durian segar ke China sebelum ini hanya eksport yang beku sahaja. Tetapi tahun ini, buat pertama kali kita dapat kelulusan untuk eksport durian segar. Sebelumnya, kita dah dapat protokol dari GAAC.

"Kini, kita dalam proses untuk mengeluarkan sijil (Sijil Fitosanitasi). Ia bertujuan untuk memastikan ladang-ladang memenuhi syarat ditetapkan teknologi. Kita jangkakan shipment pertama ke China pada September nanti," katanya.

6141024715079270731

Arthur (tengah) teruja menyaksikan Malaysia akan merekodkan sejarah baharu mengeksport durian segar ke China.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa lawatan kerja ke Duriotourism Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) di Kuala Kangsar, Perak pada Ahad.

Bercakap mengenai jenis durian yang akan menembusi pasaran China nanti, Arthur menjelaskan bahawa durian Musang King masih memenuhi permintaan terbanyak dari rakyat negara Tembok Besar itu.

"Dalam Memorandum Persefahaman (MoU) dan kelulusan daripada China, tiada halangan mana-mana variasi durian di China.

"Tapi permintaan banyak adalah jenis durian Musang King. Semunya akan mengikut harga permintaan pasaran di sana," jelasnya yang teruja menyaksikan Malaysia akan merekodkan sejarah baharu mengeksport durian segar ke China.

Sebelum ini, Malaysia hanya diberi lesen untuk mengeksport durian sejuk beku dalam bentuk biji, ulas dan pes ke China berbanding Thailand dan Vietnam yang telah mendapat kelulusan mengeksport durian segar ke negara berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram