Taktik terbaharu pengemis Rohingya, siap angkut tabung oksigen minta sedekah kat bazar Ramadan


  • Tular
  • Ahad, 17 Mac 2024

Seorang warga asing disyaki Rohingya ditemani budak lelaki meminta sedekah sambil membawa tong oksigen di bazar Ramadan dekat Sungai Besi.

KELIBAT pengemis sama ada penduduk tempatan atau warga asing di bazar bukan satu perkara baharu yang dapat dilihat sepanjang bulan Ramadan ini.

Seperti sekeping gambar yang tular pada Sabtu, kehadiran lelaki disyaki warga Rohingya meminta sedekah di bazar Ramadan sekitar Sungai Besi, Kuala Lumpur mengundang kemarahan warga maya.

Berbekalkan sebuah tabung oksigen yang dibawa, individu tersebut dilihat duduk bersila di hadapan gerai kosong sambil ditemani seorang budak lelaki.

Berdasarkan foto yang dikongsikan pada Sabtu, lelaki itu dilihat sedang memakai penyedut oksigen di mukanya, sementara tong oksigen diletakkan bersebelahannya.

BACA LAGI: Salah ikut kawan pergi kelas KAFA, murid SK Briekfields 2 ditemukan selamat lepas hilang 5 jam

KUALA LUMPUR, 2 April -- Orang ramai dilihat sibuk membeli barangan keperluan sebagai persiapan menyambut Ramadan ketika di Jalan Tun Razak hari ini.Tinjauan mendapati orang ramai sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan menjaga jarak serta memakai pelitup separuh muka sewaktu berada di dalam kawasan pasar tersebut.--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kelibat pengemis tempatan dan warga asing di bazar biasa dilihat sepanjang bulan Ramadan ini. — Gambar hiasan

BACA LAGI: [VIDEO] Otak bersepai dalam helmet, pembonceng maut bertembung lori di Gelang Patah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam perbuatan lelaki berkenaan dan menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera ke atas golongan seperti itu.

"Musim Ramadan inilah pihak berkenaan boleh datang untuk angkut. Ada kes semalam tengok siap bawa bayi lagi. Bukan kasihan pada yang tua, tapi anak kecil itu," kata Khairul Amri.

"Berpada-padalah puak Rohingya.. nak berlakon pun agak-agaklah. Ini siap bawa oksigen tong bagai. Pergi hospital kalau nak mati sangat bukan tepi jalan," kata Enimass.

"Kalau dah sakit baliklah duduk negara sendiri, kasihan tengok jadi peminta sedekah di tempat orang. Teruk sangat sakit tu sampai bawa tong oksigen," ujar Rohani Yunus. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram