[VIDEO] Bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia


  • Primer
  • Isnin, 14 Apr 2025

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada pukul 7.10 malam Isnin.

BEKAS Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia pada Isnin.

Perkara itu disahkan menantunya, Khairy Jamaluddin Bakar menerusi hantaran di Instagram.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada pukul 7.10 malam Isnin pada usia 85 tahun. 

Lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah, Abdullah menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-5 pada 2003 bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menamatkan tempoh perkhidmatannya selama 22 tahun.

BACA LAGI: Harga berpatutan, hidangan pantas resipi bisnes nasi daun pisang anak Kedah berkembang, cecah pendapatan RM70 juta

BACA LAGI: Obsesi baharu bilionair China jaga masa depan negara

Tangkap layar hantaran di Instragram Khairy Jamaluddin. 

Allahyarham yang juga mendapat gelaran "bapa pembangunan modal insan" Malaysia selepas memperkenalkan Dasar Modal Insan Negara semasa menjadi perdana menteri.

Kesihatan Abdullah semakin merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini selepas menghidap demensia sehingga menjejaskan ingatannya termasuk nama ahli keluarga.

Allahyarham meninggalkan isterinya, Jeanne Abdullah, dan dua anak, Nori dan Kamaluddin, daripada isteri pertamanya Endon Mahmood, yang meninggal dunia akibat kanser payudara pada 2005. 

Abdullah juga mempunyai dua anak tiri, Nadiah Kimie dan Nadene Kimie, daripada perkahwinan terdahulu Jeanne. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram