
SEORANG peneroka Felda berdepan detik cemas apabila motosikal yang ditungganginya dihanyut arus deras ketika cuba meredah jalan dinaiki air di laluan masuk ke Felda Air Tawar 3 dekat Kota Tinggi, Johor pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.20 petang selepas hujan lebat melanda kawasan tersebut.
"Mangsa dipercayai cuba melintas jalan yang dilimpahi air sebelum motosikalnya hilang kawalan dan terjatuh.
BACA LAGI: [VIDEO] Polis didesak ambil tindakan khas terhadap ‘Sarjan Alang’, bimbang kalau terjadi kemalangan
BACA LAGI: [VIDEO] Polis JB reman pemandu mabuk rempuh maut 2 lelaki bantu mangsa kemalangan
"Bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Seorang peneroka Felda berdepan detik cemas apabila motosikal yang ditungganginya dihanyut arus deras ketika cuba meredah jalan dinaiki air di laluan masuk ke Felda Air Tawar 3 dekat Kota Tinggi, Johor pada Ahad. pic.twitter.com/IVoGxzdWeu
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) April 13, 2025
Dalam pada itu, Yusof turut menasihatkan pengguna jalan raya, khususnya penunggang motosikal dan pemandu kenderaan ringan supaya tidak mengambil risiko meredah laluan yang dinaiki air.
"Jangan bahayakan nyawa kerana kedalaman air sukar dijangka dan arus deras boleh menyebabkan kenderaan hanyut," tegasnya.
Beliau turut memaklumkan keadaan jalan kini kembali pulih dan boleh dilalui semua jenis kenderaan selepas air surut sepenuhnya.
Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video memaparkan penduduk kampung yang bertungkus-lumus menarik motosikal mangsa yang hanyut dibawa arus.
Difahamkan, mangsa merupakan seorang warga emas dan ketika kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram