Koperal tertembak diri sendiri di kepala sudah keluar ICU, Polis Pulau Pinang siasat spekulasi beban hutang


  • 112
  • Khamis, 10 Apr 2025

Pada Selasa, anggota polis berpangkat koperal berusia 58 itu ditemui parah di kepala semasa berada di pos pengawal ibu pejabat polis itu kira-kira pukul 6.12 petang.

KOPERAL polis yang secara tidak sengaja tertembak diri sendiri di kepala telah dipindahkan keluar dari unit rawatan rapi (ICU) ke wad am di Hospital Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, anggota polis terbabit kini di bawah pemantauan pakar.

"Setakat ini, tiada pembedahan dilakukan. Dia masih dalam pemerhatian," katanya pada Khamis.

BACA LAGI: Anggota polis parah tertembak diri sendiri di IPK Pulau Pinang

BACA LAGI: [VIDEO] Pengawal dah angkat bendera merah, rider 'degil' sampai rempuh pelajar melintas depan sekolah

Hamzah menambah, polis telah merekodkan keterangan bekas isterinya untuk menyiasat kejadian itu.

Mengenai spekulasi bahawa mangsa mempunyai beban hutang dipercayai berpotensi mencetuskan masalah keluarga, Hamzah berkata, perkara itu masih dalam siasatan.

“Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai punca kejadian,” katanya.

Tambahnya, prosedur standard semasa polis untuk penggunaan senjata api juga mencukupi.

Pada Selasa, anggota polis terbabit yang berpangkat koperal berusia 58 itu ditemui parah di kepala semasa berada di pos pengawal ibu pejabat polis itu kira-kira pukul 6.12 petang.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dan dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Siasatan di tempat kejadian mendapati satu das tembakan dilepaskan daripada senjata digunakan mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960. — The Star/IMRAN HILMY

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram