
RAMADAN kali ini menjadi ujian berat buat keluarga Mior Mohamad Ikhmal Mohd Anua apabila jasadnya akhirnya ditemui beberapa selepas dia dilaporkan hilang pada Ahad lalu.
Melalui perkongsian rakannya mangsa, Helmy Ikram kepada @mynewshub, jasad pemuda malang itu ditemukan ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan tidak jauh dari lokasi kejadian di bawah Jambatan Muhibbah dekat Klang, Selangor pada Khamis.
"Alhamdulillah, selepas beberapa hari usaha mencari, jasad Allahyarham Mior Mohammad Ikmal akhirnya ditemui pagi tadi tidak jauh dari lokasi kejadian.
BACA LAGI: [VIDEO] Sempat muat naik status, staf MAS hilang ketika memancing di bawah jambatan Klang
"Moga Allahyarham yang dipuji semua rakan-rakan dan kenalan sebagai seorang yang sangat baik dan suka membantu ditempatkan di syurga Allah SWT, amin.
"Dugaan berat untuk keluarganya di Ramadan ini memandangkan Mior merupakan anak tunggal," tulis pentadbir laman X (Twitter) berkenaan pada Khamis.
LELAKI HILANG SELEPAS KELUAR MEMANCING DI KLANG
KLANG, 17 Mac 2025 – Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas keluar memancing di kawasan bawah Jambatan Muhibbah, Klang, berhampiran Pulau Indah pada pagi semalam.
Mangsa, Mior Mohamad Ikhmal Mohd Anua, 26, yang bekerja sebagai… pic.twitter.com/IyuYlzc2OT
— MYNEWSHUB (@mynewshub) March 17, 2025
Allahyarham, 26 tahun, yang bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan di Malaysia Airlines (MAS) berasal dari Manjung, Perak.
Menurut Helmy Ikram, kehilangannya rakannya lebih dikenali sebagai Mior Ikmal memberikan tamparan hebat kepada keluarga mangsa kerana dia merupakan anak tunggal.
Menurut laporan awal, mangsa keluar memancing pada pagi 16 Mac 2025 sekitar pukul 7.50 pagi di kawasan berhampiran lokasi kejadian.
Kali terakhir dia dikesan ialah menerusi hantaran di media sosial sebelum kejadian tragis berlaku sekitar pukul 11.30 pagi.
Mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke dalam sungai dan dibawa arus deras. Beberapa saksi yang berada di lokasi kejadian cuba membantu tetapi gagal menyelamatkannya akibat arus yang terlalu kuat. —Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram