[VIDEO] Angkara ‘photobomb’, lelaki rayu wanita tak dikenali beri penjelasan kepada isteri tercinta


  • Tular
  • Khamis, 20 Mac 2025

Fidonasir (kiri) berseloroh meminta bantuan orang ramai mencari wanita (kanan) yang tidak sengaja dirakam ketika melepak bersama rakannya.

SEORANG lelaki mencuri perhatian warga maya apabila rayuannya di media sosial untuk mencari seorang wanita tular secara tiba-tiba.

Dalam hantaran threads yang mencetuskan gelak tawa ramai, @fidonasir memohon sesiapa yang mengenali wanita terbabit supaya menghubungi isterinya dan menerangkan bahawa dia hanya secara tidak sengaja berada dalam latar belakang gambar, bukan rakan lepak mereka pada malam kejadian.

Kejadian itu dipercayai berlaku di The Element, One City dekat Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

BACA LAGI: [VIDEO] Rempuh 3 motosikal di 3 lokasi berbeza, ayah rayu bantuan orang ramai kesan pemandu Myvi langgar lari anak

BACA LAGI: [VIDEO] Perompak bertopeng dan berparang mati ditembak di Sepang berbahaya, guna MO pulang ke negara asal lepas buat jenayah — Polis

Menurutnya, wanita berkenaan perlu tampil segera untuk menjelaskan kepada isterinya bahawa dia bukan rakan lepak mereka pada malam kejadian sehingga menimbulkan salah faham antara dia dan isterinya.

"Mohon sesiapa yang mengenali 'amoi' ini, minta beliau contact wife saya dan explain yang dia hanyalah photobomb dan tak melepak dengan kami semalam. Saya merayu.

"Lokasi: The Element, One City," tulisnya pada  Khamis.

 

 

 

 

Hantaran itu segera mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terhibur dengan situasi yang menimpa lelaki berkenaan.

Antara komen yang mencuri perhatian termasuklah spekulasi mengenai mengapa rakaman video tersebut merakam lebih jauh daripada sepatutnya.

"Jap roh isteri-isteri nak masuk badan jap haha, soalan pertama,dah kenapa rekod video sampai ke situ? Memang teringin nak tengok ke?’" tulis @farinakamarroni.

"Aduhh, sepatutnya tak payah record sampai belakang badanLagi satu, kenapa tak sunting dulu video itu?" kata @cempakaaax.

"Alaaaaa sembang, padahal tujuan asal memang nak tengok awek pun. Cehhh dasar!" tulis @itsmehanananana_ pula.

Setakat ini, identiti ‘amoi photobomb’ masih belum diketahui dan usaha mencari wanita berkenaan masih menjadi tanda tanya. Namun, insiden ini jelas menunjukkan bagaimana satu detik tidak disengajakan mampu mencetuskan gelombang hiburan di media sosial.

Adakah wanita itu akan tampil menjelaskan situasi sebenar? Atau suami itu terpaksa mencari jalan lain untuk meyakinkan isterinya? Hanya masa yang akan menentukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram