
PETRONAS Gas Bhd (PETRONAS Gas) memaklumkan pihaknya sedang melaksanakan beberapa langkah mitigasi untuk memastikan keselamatan bekalan gas dan pemulihan perkhidmatan saluran paipnya di kawasan terjejas akibat kebakaran Putra Heights baru-baru ini sehingga operasi penuh dapat disambung semula.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, penyedia bekalan gas itu berkata, kebakaran di Puchong, Selangor itu menjejaskan perkhidmatan saluran paipnya di Zon Tengah - termasuk Shah Alam, Klang, Puchong dan Batu Tiga - yang menjejaskan kira-kira 7 peratus daripada jumlah keseluruhan volum komitmen bekalan gas kepada pelanggannya.
BACA LAGI: Siasatan insiden 'Abang Belon' di fasa akhir, DBKL enggan ganggu siasatan polis
BACA LAGI: ‘Kerja dapur bukan untuk perempuan saja’, majoriti sokong ibu bapa didik anak lelaki bantu sekali
Foto memaparkan kawasan terjejas susulan insiden kebakaran yang berlaku pada 1 April lalu.
"PETRONAS Gas, sebagai pengangkut gas, komited sepenuhnya untuk memastikan komitmennya di bawah perjanjian pengangkutan gas kepada penghantar gas," katanya.
Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa pihaknya syarikat tersebut hanya akan dapat memberikan laporan penuh mengenai impak kewangan dialami dalam insiden tersebut selepas siasatan insiden selesai dengan ia dijangka siap pada Mei 2025. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram