Tragedi Putra Heights: 5 kenderaan disediakan hantar anak-anak mangsa ke sekolah


  • Primer
  • Ahad, 06 Apr 2025

Keadaan terkini rumah mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights dekat Subang Jaya, Selangor.

IBU bapa anak-anak mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights dekat Subang Jaya, Selangor boleh menarik nafas lega selepas kerajaan negeri mengumumkan akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan bagi menghantar ke sekolah.

Memetik laporan Kosmo!, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penghantaran bermula dari Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menerusi lima buah kenderaan yang disediakan pihaknya.

Katanya, langkah itu adalah hasil kerjasama Jawatankuasa Pengangkutan Awam negeri dengan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan perkhidmatan Demand Responsive Transit (DRT).

BACA LAGI :  [VIDEO] Kereta dinaiki 3 beradik terbalik dihimpit MPV di Lebuhraya PLUS, katanya seorang kritikal di ICU

BACA LAGI : [VIDEO] Api marak menjulang sampai langit, saluran paip gas bocor punca kebakaran di Putra Heights

“Kereta-kereta ini akan ada di PPS dan nanti boleh rujuk kepada ketua-ketua PPS masing-masing bagi tujuan itu,” katanya pada Ahad.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari

Terdahulu, media melaporkan segelintir ibu bapa yang juga mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights, meluahkan rasa bimbang dan sedang mencari alternatif bagi menghantar anak mereka bagi memulakan sesi persekolahan Isnin.

Amirudin menambah, pihaknya mengenalpasti sebanyak 34 buah sekolah yang perlu dihantar bagi proses sesi persekolahan itu.

“Lima ini akan diselang-selikan dengan tambahan-tambahan (pengangkutan) yang diperlukan (bagi tujuan sesi persekolahan).

“Kita cuba tambah daripada masa ke semasa untuk hantar para pelajar ini,” jelasnya.  — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram