Remaja lemas, tergelincir di air terjun ketika bergambar di Lata Jarum


  • 112
  • Ahad, 06 Apr 2025

Pihak bomba membawa mayat Shahrul Ikwan di Lata Jarum, Raub.

HAJAT untuk bergambar berlatarkan air terjun bertukar menjadi tragedi apabila seorang remaja maut dihanyutkan arus sungai di Lata Jarum, Raub, Pahang.

Kejadian yang berlaku pada petang Ahad menyaksikan mangsa, Muhammad Shahrul Ikwan Adam Hareez Islami, 18, berkunjung ke tempat itu bersama dua rakannya untuk berkelah.

Namun malang menimpa apabila dia tergelincir ke sungai lalu lemas dan kemudiannya meninggal dunia.

BACA LAGI: Gadis OKU hilang lepas keluar main di taman permainan, kali terakhir dilihat masuk Kelisa

BACA LAGI: Kerja pembinaan di Putra Heights ikut garis panduan — Polis

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.10 petang sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat Raub bergegas ke tempat kejadian.

"Mangsa adalah penduduk kampung di sekitar kawasan air terjun itu. Dia hanya datang untuk berkelah bersama rakan dan tidak mandi. Mangsa bagaimanapun tergelincir ke dalam air terjun semasa hendak bergambar dengan berlatarbelakangkan pemandangan di situ.

"Yang mengambil gambar ialah rakannya dan mangsa berjaya dijumpai pasukan bomba dengan bantuan orang awam kira-kira pukul 5.42 petang pada kedalaman kira-kira 3.04 meter, di lokasi dia dilaporkan tergelincir."

Pihak bomba mengalami kesukaran untuk membawa naik mangsa ke dari sungai kerana arus deras semasa kejadian.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadia oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram