[VIDEO] Pura-pura sakit dapatkan rawatan, lelaki licik menyelinap masuk klinik didakwa curi beg doktor


  • Tular
  • Jumaat, 28 Mac 2025

Tangkap layar seorang lelaki (bulatan) mencuri beg milik seorang doktor di Menggatal, Sabah baru-baru ini.

SEORANG lelaki bertindak licik dengan berpura-pura sakit bagi mendapatkan rawatan sebelum menyelinap masuk ke dalam sebuah klinik dan mencuri beg milik seorang doktor di Menggatal, Sabah baru-baru ini.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 8 pagi Khamis di sebuah klinik kerajaan di Menggatal, suspek dikatakan datang ke klinik berkenaan untuk berjumpa dengan doktor dan mendapatkan rawatan.

Menurut perkongsian di aplikasi WhatsApp pada Jumaat, suspek didakwa menyelinap masuk ke dalam sebuah bilik sebelum melarikan beg seorang doktor yang bertugas.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Pakat-pakat doa adik Fayyad selamat', budak autisme hilang di Baling, kelibat terakhir dirakam CCTV

BACA LAGI: [VIDEO] 'Rasa nak pitam, kaki tak pijak tanah' rakyat Malaysia kongsi detik cemas gegaran gempa bumi di Pesta Buku Bangkok

"Tolong kongsikan video ini. Orang ini telah mencuri dalam bilik klinik Menggatal. Dia mencuri beg doktor pakar," kongsinya.

 

 

 

 

Melalui video kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan, suspek dilihat masuk ke dalam bilik doktor tersebut ketika klinik berkenaan penuh dengan orang awam yang ingin mendapatkan rawatan.

Suspek yang memakai pelitup muka itu juga dilihat terus beredar dari tempat kejadian selepas melarikan beg berkenaan yang dipercayai mengandungi wang tunai dan barang-barang berharga.

Namun, setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram