
SEORANG lelaki terjatuh dari tingkat 10 di sebuah rumah pangsa yang terletak di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, kejadian yang berlaku di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, Jinjang, Sentul itu melibatkan seorang mangsa lelaki berusia 25 tahun.
Pihaknya menerima aduan sekitar 12.30 tengah hari.
BACA LAGI: Bukan kebakaran enjin, pesawat AirAsia lakukan pendaratan cemas di KLIA2 kerana saluran udara rosak
“Kejadian membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun terjatuh daripada tingkat 10 dan mendarat di atas sebuah kereta di kawasan parkir.
“Mangsa masih sedarkan diri dan dibawa dengan ambulans ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan,” kata Ahmad Sukarno.
Kejadian yang tular di media sosial itu melihatkan mangsa meminta bantuan selepas mendarat di atas sebuah sebuah yang mengalami kerosakan teruk.
Mangsa dilihat masih lagi mampu bergerak dan memerlukan rawatan dari pihak perubatan.
Ahmad Sukarno mengatakan yang pihaknya masih menjalankan siasatan penuh berkaitan perkara tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram