'Malaysia mendonia', perkataan nasi lemak, tapau dan alamak kini dalam kamus Oxford


  • Massa
  • Khamis, 27 Mac 2025

Perkataan 'nasi lemak' sudah dimasukkan dalam kamus Oxford.

BEBERAPA perkataan yang sinonim dalam pertuturan rakyat Malaysia dimasukkan dalam Kamus Bahasa Inggeris Oxford (OED) buat pertama kali.

Perkataan-perkataan seperti 'alamak' dan 'nasi lemak' antara yang diselitkan dalam kamus tersebut dalam kemas kini terbaharu OED pada Mac.

Perkataan-perkataan tersebut dikelaskan sebagai kata pinjaman dari bahasa Melayu selepas ia tidak dapat diterjemahkan kepada bahasa Inggeris.

BACA LAGI: Suami tidak 'berjiwa besar' punca tercabar gaji isteri lebih tinggi - Pakar

BACA LAGI: Apa kata penumpang sendiri desak pemandu bawa bas secara berbahaya berhenti elak kemalangan

Beberapa nama makanan tempatan sudah dimasukkan dalam kamus Oxford.

Mula dikesan penggunaannya seawal 1952, perkataan 'alamak' digunakan untuk berasa terkejut, terkesima, kecewa atau marah.

Sementara nasi lemak pula merupakan sajian di mana nasi dimasak bersama santan sambil dihidangkan bersama sambal, ikan bilis dan kacang.

Namun begitu, nasi lemak bukanlah perkataan jenis makanan yang dimasukkan dalam kamus Oxford. Sebelum ini, makanan tempatan seperti otak-otak, ketupat turut dimasukkan sebagai kata pinjaman.

Akan tetapi, sajian seperti kari kepala ikan (fish head curry), telur separuh masak (half-boiled egg) dan roti bakar kaya (kaya toast) dimasukkan ke dalam OED bersama terjemahan.

Selain itu, terdapat juga slanga tempatan di negara ini yang turut diselitkan dalam OED seperti 'terror', 'tapau' dan juga 'mat rempit'.

'Terror' merujuk kepada hebat, bagus atau cemerlang walaupun dalam bahasa Inggeris ia membawa maksud berbeza iaitu teruk atau dahsyat.

Sementara 'tapau' membawa maksud membawa pulang makanan yang dibeli daripada kedai.

Manakala 'mat rempit' merupakan individu yang mengambil bahagian dalam aktiviti seperti perlumbaan jalanan haram, aksi basikal, jenayah kecil dan gangguan orang awam menggunakan motosikal. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram