[VIDEO] Mok Awe cedera parah diserang gajah liar di Kuala Krai


  • Tular
  • Khamis, 20 Mac 2025

Mok Awe mengalami kecederaan serius serta patah di beberapa anggota badan akibat serangan gajah liar. — Gambar/Facebook Nik Syahiran Razman

SEORANG wanita warga emas cedera parah selepas diserang seekor gajah liar di Kampung Laloh dekat Kuala Krai, Kelantan pada pagi Khamis.

Kejadian itu dikongsikan Nik Syahiran Razman di laman Facebook pada hari yang sama.

"Dalam kejadian sekitar pukul 9 pagi itu, mangsa, Zainab Hussin, yang lebih dikenali sebagai Mok Awe, mengalami kecederaan serius serta patah di beberapa anggota badan akibat serangan gajah liar," katanya.

BACA LAGI:  [VIDEO] 'Kucing hidu bahaya', pemandu Myvi baru masuk kenderaan nyaris maut kena 'sodok' kereta laju di Kulim

BACA LAGI: [VIDEO] Rempuh 3 motosikal di 3 lokasi berbeza, ayah rayu bantuan orang ramai kesan pemandu Myvi langgar lari anak

Menurut saksi, gajah berkenaan dipercayai tersesat dari habitat asalnya sebelum memasuki kawasan kampung dan bertindak agresif.

Difahamkan, penduduk yang menyedari kejadian itu segera menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

Mangsa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, turut tular beberapa video dan gambar memaparkan seekor gajah di lokasi kejadian.

Menurut Matza, dalam serangan itu beberapa dua lelaki turut cedera parah ekoran daripada kejadian tersebut.

Jelas individu berkenaan lagi, pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sedang menjalankan siasatan serta pemantauan di kawasan sekitar bagi memastikan keselamatan penduduk.

Namun begitu, setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan media dikeluarkan oleh pihak Perhilitan mahupun pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram