Kerajaan kekalkan fleksibiliti bayaran balik PTPTN – KPT


  • Primer
  • Jumaat, 28 Mac 2025

KPT memberi jaminan bahawa fleksibiliti dalam pembayaran balik pinjaman PTPTN akan terus dikekalkan bagi meringankan beban peminjam.

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) memberi jaminan bahawa fleksibiliti dalam pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan terus dikekalkan bagi meringankan beban peminjam.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, jaminan itu bagi menghapuskan salah tanggapan bahawa peminjam dipaksa membayar jumlah besar dalam satu-satu masa.

"Kerajaan mengamalkan pendekatan menang-menang dalam pembayaran balik pinjaman PTPTN bagi memastikan mereka yang berdepan kesulitan kewangan tidak terbeban," katanya  pada majlis iftar penghargaan media pada Khamis. 

BACA LAGI : Terpaksa menyelam seawal Subuh di Semporna, kesan tapak kaki dekat dinding jerat penjenayah 'wanted' di P.Pinang

BACA LAGI : [VIDEO] Pelancong warga China disyaki curi duit dalam kapal terbang AirAsia dari KL ke Jakarta

Beliau turut menegaskan para peminjam tidak seharusnya mengelak daripada membuat pembayaran, sebaliknya disarankan untuk berunding dengan PTPTN bagi mendapatkan penyelesaian terbaik.

"Jika mereka mengalami masalah kewangan, kami tidak akan memaksa pembayaran sebaliknya menawarkan pelan penstrukturan semula mengikut kemampuan mereka," katanya.

Interview session with YB Deputy Minister of Higher Education, Datuk Ts. Mustapha Sakmud. Topic on STEM. Materialsin Pejabat Pandai,Menara Suezcap. (JULY 252024) — ART CHEN/The Star(JUNE 262024) — ART CHEN/The Star # Metro Backpages

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud

Pada masa sama, Mustapha turut menyangkal dakwaan bahawa ada peminjam yang dipaksa melunaskan bayaran sehingga RM1 juta. 

Katanya, kerajaan tidak akan mengenakan tuntutan pembayaran yang ketat, sebaliknya bersedia berbincang bagi menyusun semula jadual pembayaran.

Dalam perkembangan lain, Mustapha berkata, kerajaan terus komited memastikan akses pendidikan tinggi yang lebih adil melalui pelbagai inisiatif termasuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) di bawah PTPTN.

"SSPN diperkenalkan bagi membantu ibu bapa menyimpan untuk pendidikan tinggi anak-anak mereka," jelasnya.

Pada majlis itu, anak-anak pengamal media turut menerima sumbangan SSPN sebagai galakan menabung sejak usia muda.

Turut hadir, Presiden Persatuan Wartawan Sabah, Datuk Muguntan Vanar.

Sementara itu, menyentuh mengenai perkembangan pendidikan tinggi yang kini menekankan integrasi automasi dan kecerdasan buatan (AI) dalam kurikulum universiti.

Mustapha berkata, Malaysia sedang berusaha mengintegrasikan teknologi baharu dalam pendidikan tinggi bagi memastikan graduan memiliki kemahiran yang memenuhi keperluan industri teknologi," katanya.

Beliau memaklumkan kerajaan telah mengambil langkah ke arah ini, termasuk penubuhan Fakulti AI di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tahun lalu.

Selain itu, kebanyakan universiti kini menawarkan program dalam bidang AI, automasi serta teknologi maju lain bagi mengurangkan ketidaksepadanan kemahiran dalam pasaran kerja.

"Matlamat kami adalah melahirkan bakat bertaraf tinggi yang memenuhi permintaan industri, sekali gus memastikan graduan memperoleh pekerjaan dalam sektor berdaya saing," katanya.

Mustapha turut menegaskan komitmen kementerian dalam membangunkan ekosistem pendidikan yang menyokong pelajar serta peminjam PTPTN agar mereka mendapat bantuan sewajarnya demi mencapai kejayaan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram