
POLIS sedang mengesan dua wanita susulan penemuan mayat bayi dalam tandas wanita di sebuah stesen minyak di Sungai Haji Dorani dekat Sungai Besar, Selangor pada Ahad.
Dalam kejadian pada 11.15 pagi, bayi yang tidak dapat dikenal pasti jantina dan bangsa itu ditemukan dalam lubang tandas.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan pukul 12 tengah hari.
BACA LAGI : Ilmu pertahankan diri senjata wanita hadapi ancaman jenayah, bukan pilihan tapi keperluan - Shree Sharmini
BACA LAGI : Penjawat awam dapat 'duit raya' RM500, dah pencen terima RM250 mulai Isnin
"Pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan bayi terbabit meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Md Yusof berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua individu disyaki suspek kejadian itu.
"Terdapat pergerakan seorang wanita yang sedang hamil ditemani seorang lagi wanita masuk ke tandas.
"Kedua-duanya didapati menaiki Perodua Bezza berwarna biru manakala nombor pendaftarannya pula tidak jelas," katanya.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam sedang giat menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan individu dan suspek utama kes tersebut.
Polis meminta kerjasama orang ramai yang ada maklumat untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nor Aimi Lyana Mohd Khairani di talian 018-2510452. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram