[VIDEO] Idea kreatif orang kampung di Sabah, hanya guna buluh bina tiang jambatan sementara tunggu jalan siap


  • Tular
  • Isnin, 24 Mac 2025

Tangkap layar video memaparkan kenderaan perlu melalui jambatan buluh sementara untuk keluar dan masuk ke dalam kawasan kampung itu.

KREATIVITI penduduk kampung di Sabah yang menggunakan buluh sebagai bahan menggantikan konkrit dalam pembinaan tiang sebuah jambatan menerima pujian ramai. 

Menerusi video dikongsikan pengguna Facebook Geng Kampung, beberapa penduduk perlu melalui jambatan yang masih dalam pembinaan dengan struktur tiang diletakkan batang buluh. 

Dalam video sama, kelihatan penduduk kampung tersebut memberi panduan bagi pemandu kenderaan yang mahu melalui jambatan berkenaan. 

BACA LAGI: [VIDEO] Ramai kecewa, Menteri Pertahanan AS ditegur apabila gagal sebut nama negara Asean

BACA LAGI: [VIDEO] Jangan hukum terlalu cepat, MB Negeri Sembilan perjelas PBT hanya jalankan tugas ekoran isu peniaga petai

Video itu sekali gus menunjukkan usaha dan daya inovasi masyarakat luar bandar yang tinggi dengan hanya memanfaatkan sumber semula jadi.

Menurut pemilik video, jambatan tersebut adalah alternatif sementara bagi memudahkan penduduk kampung keluar dan masuk ke dalam kampung. 

"Untuk pengetahuan semua ini bukan memburukkan mana-mana pihak, ini kami buat sementara sebagai alternatif supaya kenderaan boleh lintas dan pihak kerajaan sudah buat sumbangan membaiki jalan ini.

"Harap kamu faham, tidak ada istilah memburukkan keadaan dan YB (Yang Berhormat) kawasan kami sudah melawat dan beri kelulusan bantuan kilat untuk membaiki jalan tersebut harap tidak ada yang salah faham," tulisnya. 

Tindakan itu bagaimanapun menimbulkan pelbagai persoalan dan tidak kurang juga ada yang memberi cadangan lain seperti menggunakan batu dan pembetung bagi menggantikan batang buluh kerana dikhuatiri tidak kukuh. 

Usaha tersebut pernah dilakukan sebelum ini, namun masih ditenggelami banjir besar.

"Sebenarnya dahulu sungai ini kecil dan lubang itu adalah tanah asal tetapi beberapa bulan ini sering kali berlaku banjir besar dan yang terbaru lebih buruk.

"Sampai tanah-tanah di dalam itu dengan batu-batu habis hanyut oleh deras air," jawabnya. 

Bagaimanapun, setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan berkenaan berhubung situasi itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram