Tiga anak muda bergabung buka kedai gunting rambut di Keramat, peserta projek rintis JWP, DBKL


  • Bizz
  • Sabtu, 22 Mac 2025

Antara anak muda yang mengoperasikan kedai gunting rambut di projek perumahan awam Kuala Lumpur di bawah skim keusahawanan dijalankan DBKL.

LANGKAH tiga anak muda mengikut kelas kemahiran menggunting rambut membuahkan hasil selepas mereka membuka kedai menyediakan perkhidmatan tersebut di PA Seri Perlis 2, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Mohd Zulkifli Shamsudin, 26; Fitri Roslan, 28, dan Bharath Prakash, 21, adalah sebahagian daripada peserta projek perintis dinamakan Kedai Gunting Rambut Komuniti di bawah Puji@Wilayah oleh Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Program Usaha Jaya Insan (PUJI) ditubuhkan untuk memperkasa golongan berpendapatan rendah dengan menyediakan latihan kemahiran dan peluang perniagaan.

BACA LAGI: Pesanan TMJ jadi azimat, Kopi Rakyat bawa anak kelahiran Kuantan dari jalanan ke pusat beli-belah

BACA LAGI: Status agama dipersoal lepas peluk Islam, ketekalan Mohd. Chan terbalas perniagaan rangkaian restoran terus berkembang cecah 2 dekad

Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada komitmen DBKL terhadap pemerkasaan komuniti, menyaksikan peserta terpilih menjalani latihan dalam pendidikan teknikal dan vokasional dalam menjalankan kedai gunting rambut.

Latihan yang bermula tahun lalu itu merangkumi sesi praktikal dan tambahan untuk peserta memperoleh kemahiran dan memiliki perniagaan.

MAJLIS PERASMIAN KEDAI GUNTING RAMBUT COMMUNITY’S BARBERSHOP-INISIATIF PUJI@Wilayah. — AZLINA ABDULLAH/The Star

Kedai gunting rambut yang dibuka di PA Seri Perlis 2.

Peserta dilatih dalam pengurusan kewangan, perkhidmatan pelanggan, piawaian kebersihan dan strategi pemasaran.

Ketiga-tiga usahwan muda terbabit sebelum itu menamatkan latihan selama dua bulan, menamatkan pengajian di kelas tertinggi mereka, dan diberi peluang menjalankan perniagaan mereka sendiri di kawasan perumahan terbabit.

“Saya bersyukur dengan peluang ini dan berharap dapat memanfaatkannya sebaik mungkin,” kata Mohd Zulkifli ketika ditemui di kedai itu.

“Saya menjana pendapatan kira-kira RM1,800 sebulan dan berharap dapat meningkatkan kemahiran saya.

"Waktu operasi kami adalah dari 10 pagi hingga 10 malam dan kami bekerja mengikut syif, jadi ia tidak terlalu membebankan," tambahnya.

MAJLIS PERASMIAN KEDAI GUNTING RAMBUT COMMUNITY’S BARBERSHOP-INISIATIF PUJI@Wilayah. — AZLINA ABDULLAH/The Star

Dr Zaliha melihat pelanggan menerima perkhidmatan mengunting rambut di Kedai Gunting Rambut Komuniti di bawah inisiatif Puji@Wilayah oleh Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, yang melancarkan inisiatif itu di rumah pangsa Kampung Datuk Keramat berkata, usaha itu direka untuk memperkasakan golongan berpendapatan rendah.

“Kami menawarkan mereka peluang melalui latihan dan memilih empat peserta terbaik untuk memulakan perniagaan kedai gunting rambut mereka sendiri.

“DBKL menawarkan unit kedai dengan sewa bulanan bersubsidi RM250, membolehkan usahawan menjalankan operasi perniagaan mereka secara bebas.

“Program itu melengkapkan peserta dengan kemahiran baharu, mewujudkan peluang untuK menjana pendapatan.

"Ini akhirnya meningkatkan taraf hidup mereka dan keluarga."

Dr Zaliha berkata, beliau berharap dapat mengembangkan lagi inisiatif itu.

“Kementerian dan DBKL berharap dapat membuka kedai gunting rambut komuniti di setiap kawasan parlimen di Kuala Lumpur,” katanya.

Rancangan juga sedang dibuat, tambahnya, untuk melatih wanita dalam dandanan rambut. — The Star/BAVANI M

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram