Cubaan licik 15 warga Bangladesh menyamar pasukan kriket gagal, ditahan di KLIA


  • 112
  • Selasa, 18 Mac 2025

Cubaan licik 15 lelaki warga Bangladesh yang cuba menyelinap masuk ke Malaysia dengan menyamar sebagai pasukan kriket melalui KLIA gagal apabila helah mereka dapat dihidu Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS). — Gambar Hiasan

CUBAAN licik 15 lelaki warga Bangladesh yang cuba menyelinap masuk ke Malaysia dengan menyamar sebagai pasukan kriket gagal apabila helah mereka dapat dihidu Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat Sepang, Selangor pada Isnin.

AKPS memaklumkan bahawa kumpulan tersebut cuba mengaburi pegawai bertugas dengan memakai pakaian sukan kriket dan mengemukakan surat jemputan kejohanan.

"Namun, siasatan mendapati surat tersebut palsu. Tiada sebarang kejohanan kriket dijadualkan berlangsung dari 21 hingga 23 Mac seperti yang didakwa.

BACA LAGI : Didakwa pernah tinggal bersama, remaja lelaki direman 6 hari bantu siasatan tikam rakan universiti hingga parah

BACA LAGI :  [VIDEO] 'Kucing hidu bahaya', pemandu Myvi baru masuk kenderaan nyaris maut kena 'sodok' kereta laju di Kulim

"Lebih mencurigakan, mereka cuba mendapatkan seorang ‘penaja’ sebagai penjamin. Namun, individu yang hadir mengaku tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kejohanan itu dan hanya bertindak sebagai wakil syarikat," katanya melalui satu kenyataan media pada Selasa. 

Pemeriksaan lanjut juga mendapati tiada bukti kukuh menunjukkan mereka adalah pemain kriket, dipercayai sebahagian daripada sindiket penyamaran untuk masuk ke Malaysia atas tujuan lain.

AKPS mengambil tindakan Not to Land (NTL) terhadap kesemua mereka dan tindakan lanjut akan diambil mengikut peraturan imigresen yang berkuatkuasa.

AKPS turut memberi amaran bahawa tindakan tegas akan dikenakan ke atas mana-mana individu atau sindiket yang cuba menyalahgunakan visa sukan untuk tujuan lain seperti bekerja secara tidak sah atau pemerdagangan manusia.

"Langkah ini bagi memastikan keselamatan serta integriti sistem imigresen negara terus terpelihara," tegasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram