
BULAN Ramadan merupakan pesta ibadah. Dalam masa sebulan, semua orang akan berlumba-lumba untuk menggadakan amalan bagi mendapatkan ganjaran pahala.
Ia termasuklah dalam membantu mereka yang dalam kesusahan. Ketika Ramadan, pelbagai kisah duka yang kita lihat menimpa orang di sekeliling semasa berpuasa.
Salah seorang adalah pak cik Hamidi. Baru-baru ini, pak cik Hamidi, 50, diuji apabila keretanya terbakar beberapa jam sebelum berbuka puasa.
BACA LAGI: [VIDEO] Kereta terbabas masuk parit, mangsa berenang selamatkan diri di Sungai Besar
BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu lori 23 tahun bawa kontena senget di Lebuhraya ELITE boleh didenda sehingga RM2,000
Dia yang tinggal di Segamat, Johor ketika itu sedang dalam perjalanan untuk pulang ke rumah dari sebuah kilang kuih raya.
Terduduk dengan nasib menimpanya, pak cik Hamidi yang merupakan seorang bapa tunggal berputih mata selepas keretanya itu hangus terbakar dan rosak sepenuhnya.
Nasib pak cik Hamidi itu mendapat perhatian pempengaruh media sosial iaitu Founder Misi. Terkesan dengan kisah itu, dia bersama isterinya terus ke Segamat bagi menghulurkan bantuan.
Ketika bertemu dengan pak cik Hamidi, Founder Misi kemudiannya menyentuh hati orang ramai apabila berkata, "hari ini, saya jadi anak angkat pak cik."
Selepas mendengar luahan pak cik Hamidi mengenai bagaimana keretanya boleh terbakar, Founder Misi bertindak untuk membawanya ke kedai bagi mendapatkan kenderaan baharu.
"Hari ini Ahad, esok bila kedai buka, kita akan pergi beli kereta," katanya ringkas kepada pak cik Hamidi.
Pak cik Hamidi nyata terharu dengan bantuan itu kerana tidak menyangka akan menerima bantuan tersebut selepas diuji hebat.
"Disebabkan hati saya rasa dah dapat arahan, saya cakap pada isteri, rezeki pak cik ni ada pada kita. Kita kena ke Segamat," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram