Terjatuh ketika menjala ikan seorang diri, nelayan ditemui lemas di perairan Pulau Tikus


  • 112
  • Selasa, 11 Mac 2025

Lelaki berusia 59 tahun ditemui lemas di perairan Pulau Tikus, George Town, Pulau Pinang pada Selasa. — Bomba

NELAYAN yang keluar ke laut untuk menjala ikan seorang diri ditemui lemas di perairan Pulau Tikus, George Town, Pulau Pinang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada rakan mangsa sekitar pukul 10.30 pagi Isnin.

Abdul Rozak berkata, berdasarkan laporan, mangsa yang berusia 59 tahun itu keluar ke laut menaiki sampan sekitar pukul 7 pagi Isnin sebelum dipercayai terjatuh ke dalam laut.

BACA LAGI: MPPn nafi luluskan permit berniaga mercun bazar Ramadan Ayer Baloi, staf bernama 'Dino' tak terbabit

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Terpaksa batal bufet Ramadan,’ pengunjung Dataran Putrajaya bengang sikap pemandu ‘double park’ sembarangan

“Operasi Carilamat segera dilancarkan dan pada pukul 11.15 pagi Selasa dan pasukan penyelamat berjaya menemukan mayat mangsa di perairan 2.9 batu nautika utara Tanjung Bungah.

“Siasatan awal mendapati mayat mangsa lengkap berpakaian baju sejuk hitam berjalur merah serta seluar sukan hitam,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Bagaimanapun, Abdul Rozak berkata, tiada kesan kecederaan mencurigakan ditemui pada tubuh mangsa.

Tambahnya lagi, pengecaman mayat telah dilakukan oleh waris sebelum mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram