
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terus melancarkan perang tarif terhadap rakan dan sekutunya.
Selepas mengancam untuk melumpuhkan ekonomi negara jiran iaitu Kanada, Trump meluaskan perang tarifnya ke benua Eropah apabila mengancam menaikkan kadar tersebut sehingga 200 peratus.
Memetik laporan di AS, Trump mengancam untuk menaikkan tarif bagi minuman alkohol dari benua tersebut.
BACA LAGI: Donald Trump terpaksa isytihar darurat, 3 bandar terjejas lepas Kanada naikan tarif
BACA LAGI: Kanada betul-betul boikot AS, lapangan terbang jadi lokasi 'berhantu' angkara Trump
Donald Trump tidak akan mengalah dalam perang tarif ciptaanya.
Keputusan itu dibuat sebagai tindak balas dilakukan oleh Kesatuan Eropah (EU) terhadap tarif bagi barang keluli dan aluminium.
Trump mahu mengenakan tarif sehingga 200 peratus sekiranya EU tidak menarik balik pelaksanaan tarif sebanyak 50 peratus terhadap minuman beralkohol dari AS.
"Jika tarif ini tidak segera ditarik balik, AS akan segera mengenakan tarif 200 peratus ke atas semua wain, champange & produk beralkohol dari Perancis dan negara-negara EU yang lain," kata Trump.
Respons daripada Trump dan AS itu begitu pantas kerana ia hanya mengambil masa 36 jam selepas EU mengenakan tarif baharu kepada negara tersebut. Jika tidak dikawal, perang tarif antara AS dan Eropah akan berterusan tanpa kawalan.
Selepas tarif 25 peratus dikenakan Trump ke atas aluminium dan keluli berkuat kuasa pada tengah malam Rabu, EU segera membalas terhadap apa yang disebutnya sebagai tindakan perdagangan “tidak berasas” daripada pentadbiran presiden tersebut.
Dalam pada itu, Trump mengatakan yang dia akan bertindak balas terhadap segala tindakan yang dilakukan oleh EU yang dianggap cuba mengancam negaranya.
Menurutnya, EU merupakan antara badan percukaian dan tarif paling teruk di dunia yang cuba mengambil kesempatan ke atas AS.
"Semestinya saya akan berikan tindak balas.
"EU merupakan salah satu pihak berkuasa percukaian dan tarif yang paling menindas di dunia, yang dibentuk semata-mata untuk mengambil kesempatan ke atas AS.
"AS tidak mempunyai perdagangan bebas (free trade) tapi kami ada perdagangan bodoh (stupid trade). Seluruh dunia sedang menipu kita!," ulas Trump. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram