'Ada cuba meracuni fikiran masyarakat dalam dan luar Kelantan', rakaman di kubur 'wali' undang persoalan


  • Massa
  • Ahad, 16 Mac 2025

Sebuah kubur di Kelantan yang dikatakan tempat seorang 'wali' disemadikan.

MENITI fasa akhir zaman, pelbagai kepercayaan yang muncul dan ia nyata mencabar keimanan seorang Muslim untuk teguh pada ajaran Islam.

Jika tidak berpegang teguh kepada ajaran Islam, pastinya akan ada yang terpesong hingga boleh menjadi sesat dari segi akidah.

Di media sosial, tular satu rakaman yang mengundang persoalan ramai mengenai sebuah kubur dikatakan tempat seorang 'wali' ditanam.

BACA LAGI: Harga murah, tak perlu bersesak beli 'online' antara faktor pengguna tak pergi Bazar Raya

BACA LAGI: Niat nak puasa penuh punah gara-gara keracunan, ibu 4 anak kesal peniaga bazar Ramadan abai kebersihan makanan

Dalam rakaman tersebut, kubur yang dilaporkan terletak di Kelantan itu dikatakan milik seorang 'wali' namun ia tidak dipastikan identitinya.

Video tersebut mengundang persoalan dengan ramai yang meluahkan keresahan akan kepercayaan karut yang berpotensi menggugat iman.

"Sedih aku tengok tabiat macam ni. Dah tak boleh langsung nak fikir logiknya dekat mana. Apalah pandangan orang agama lain tengok sifat kita kalau beribadah macam ni. Semoga ALLAH tunjukkan jalan yang lurus selurusnya," kata Loszetaz Bundle.

"Majlis agama sila banteras kegiatan khurafat dan syirik ini," ujar Carl's A Nova.

Walaupun ramai yang meluahkan kebimbangan, namun ada yang berpendapat tindakan dalam video tersebut tiada salahnya.

Hal ini kerana, mereka yang datang ke kubur tersebut berkemungkinan sekadar untuk menziarah semata-mata dan tidak melakukan aktiviti pemujaan yang menyesatkan.

"Tak ada apa yang salah di situ, sekadar melawat saja. Perkara biasa saja. Tempat ni di bawah kawal selia penduduk setempat..Cuma masyarakat hari ini suka buat video bila pegi satu-satu tempat. Akibatnya, diambil kesempatan oleh pihak yg anti dengan pentadbiran Islam Kelantan untuk meracun fikiran masyarakat dalam dan luar Kelantan," komen Atuk Mie Atuk. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram