Juadah tongmo diikat tali rafia cetus kebimbangan, KKM digesa pantau bazar Ramadan di Kota Bharu


  • Tular
  • Ahad, 16 Mac 2025

Tangkap layar hidangan sosej Tongmo diikat dengan tali rafia sebelum dijual di bazar Ramadan.

 

 

JUADAH berbuka puasa di bazar Ramadan acap kali menjadi tarikan masyarakat membeli hidangan istimewa.

Bagaikan fenomena, aktiviti jualan itu turut disertai individu berbilang bangsa yang juga tertarik dengan kepelbagaian juadah pada bulan suci tersebut.

Namun, dalam pada tarikan tersebut, tumpuan pengunjung turut terarah kepada isu kebersihan dalam kalangan penjual yang berniaga di bazar Ramadan.

BACA LAGI: [VIDEO] Dikepung 5 kereta mewah, mat moto lunyai diserang geng samseng di Klang

BACA LAGI: [VIDEO] Kena kejar peronda hampir 7km, 2 lelaki positif dadah ditahan halang tugas polis di Muar

Menerusi perkongsian di laman sosial, warga maya meluahkan rasa jijik terhadap juadah sosej daging ataupun 'Tongmo' yang dijual di bazar Kota Bharu, Kelantan.

Hidangan cita rasa asal Kemboja itu didakwa diikat dengan tali rafia sebelum dibakar dan dijual kepada orang ramai.

Mengundang kecaman ramai, warga maya menggesa agar premis tersebut dipantau pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

 

"Salam KKM, Tongmo ni ikat guna tali rafia, mohon pendapat, sekian," kata Daniel.

"Sebagai peminat Tongmo, tak pernah lagi nampak penjual bakar dengan tali tu sekali, rasanya tahap pendidikan negara kita tak teruk sangat kot sampai peniaga nak jual makanan dengan plastik cair," ujar Azri_akmal.

"Kalau untuk makanan elakkan la pakai tali, minta KKM siasat jualan di bazar Kota Bharu ni," tambah Izzati.

Belum ada sebarang kenyataan maklum balas dari KKM setakat ini dan orang ramai dinasihati sentiasa mengamalkan kebersihan dalam aktiviti jual beli makanan khususnya di bazar Ramadan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram