[VIDEO] ‘Terpaksa batal bufet Ramadan,’ pengunjung Dataran Putrajaya bengang sikap pemandu ‘double park’ sembarangan


  • Tular
  • Isnin, 10 Mac 2025

Pengunjung meluahkan rasa kesal terhadap sikap pemandu kereta yang sembarangan 'double park' di Dataran Putrajaya pada Ahad.

SIKAP tidak bertanggungjawab seorang pemandu yang meletakkan kenderaan secara sembarangan di Dataran Putrajaya, Putrajaya menyebabkan laluan keluar terhalang selama lebih dua jam sehingga mengganggu urusan pengunjung lain.

Dalam rakaman detik-detik kejadian itu yang tular di laman X, seorang pengunjung, Zul Azri meluahkan rasa kesal terhadap sikap pemandu berkenaan.

At least tinggalkanlah nombor telefon supaya senang dihubungi,” tulisnya.

BACA LAGI: Warga emas ada 14 rekod jenayah maut berbalas tembakan dengan polis di Johor Bahru

BACA LAGI: Adik perempuan bintang NSFC ditemukan selamat ketika tidur, polis sahkan tiada unsur jenayah

Kejadian yang berlaku pada petang Ahad itu menyaksikan ramai pengunjung terpaksa berganding bahu mengalihkan beberapa kenderaan yang tersekat akibat tindakan pemandu yang ‘double park’ tanpa meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi itu.

Antara mereka yang membantu termasuk seorang lelaki yang mengalami masalah slip disc serta adiknya, yang berusaha memastikan kenderaan lain dapat keluar dari kawasan tersebut.

Zul Azri berkata, mereka tiba di kenderaan sekitar pukul 7.50 malam untuk menunaikan solat tetapi berjaya mengeluarkan kenderaan sekitar pukul 8.30 malam kerana laluan keluar ditutup oleh kenderaan berkenaan.

 

 

Lebih menyedihkan, beberapa pengunjung terpaksa berbuka puasa hanya dengan air mineral kerana sibuk membantu mengalihkan kenderaan yang tersangkut.

Beberapa keluarga yang telah membuat tempahan bufet berbuka di restoran turut terpaksa membatalkan tempahan mereka kerana tidak dapat keluar dari kawasan itu sejak sekitar pukul 6 petang.

“Sampai terpaksa batal bufet sebab kereta tak boleh keluar,” katanya.

Difahamkan, pemilik kenderaan tersebut adalah seorang wanita, namun tiada maklumat lanjut mengenai tindakannya selepas kejadian.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung isu itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram