Gula-gula berbentuk vape dan picagari dilarang dijual di sekolah


  • Primer
  • Isnin, 10 Mac 2025

KPM melarang penjualan makanan berbahaya di sekolah termasuk gula-gula berbentuk vape dan picagari. — Gambar Hiasan

SEMUA jenis makanan yang berisiko terhadap kesihatan pelajar termasuk gula-gula menyerupai vape dilarang dijual di sekolah, kata Menteri Pendidikan.  

Fadhlina Sidek menegaskan bahawa Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati menjual makanan yang boleh membahayakan keselamatan pelajar.  

“Makanan berbahaya tidak akan dijual di kawasan sekolah, namun kami memerlukan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan Kementerian Kesihatan untuk mengawal penjualannya di luar sekolah.  

“Kami juga menggalakkan pihak sekolah terutama pengetua dan pentadbir untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam merangka langkah menangani isu ini,” katanya pada Program Jaulah Ramadan 2025 peringkat Kelantan pada Isnin.  

BACA LAGI: [VIDEO] Rakyat Malaysia kongsi kesedihan rakan baik gugur dalam serangan bom, tembakan di Sungai Golok

BACA LAGI: [VIDEO] Tetak pekerja kedai nasi kandar sampai mati, polis cari 4 suspek di Tasek Gelugor

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemunculan gula-gula berbentuk vape dan rokok yang semakin banyak dijual di pasaran tempatan.  

Pada Ahad, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan penjualan gula-gula berbentuk vape dan picagari di pasaran, dengan memberi amaran bahawa ia boleh mendorong normalisasi tabiat merokok dalam kalangan kanak-kanak.

Pegawai pendidikannya, N.V. Subbarow berkata, trend itu semakin membimbangkan kerana produk tersebut menyerupai peranti vape dan picagari sebenar.

Perkara itu juga berpotensi menarik perhatian kanak-kanak dengan reka bentuknya yang berwarna-warni dan unik.  — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram