
DI Eropah, Ryanair merupakan salah satu syarikat penerbangan tambang rendah terbesar beroperasi di rantau tersebut.
Perjalanan syarikat itu bermula pada 1984 sebagai sebuah perusahaan penerbangan kecil yang hanya memiliki satu laluan.
Namun, ia kemudiannya dijenamakan semula pada 1990 sebagai 'syarikat penerbangan tambang rendah pertama di Eropah' hasil buah fikiran Michael O'Leary yang ketika itu Ketua Pegawai Kewangan Syarikat.
BACA LAGI: Inovasi meja ergonomik anak muda dari Pulau Pinang, tak gentar persaingan, teruskan legasi keluarga
BACA LAGI: Hobi berkhemah jadi bisnes, Kemrent Empire sasar 'one-stop centre' barangan aktiviti perkhemahan
Beliau yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Ryanair berkata, idea mengubah haluan syarikat terbabit untuk menjadi pengendali penerbangan kos rendah tercetus selepas melihat industri penerbangan di Amerika Syarikat (AS) yang menyediakan perkhidmatan serupa.
Dengan mengambil langkah berkenaan, syarikat itu mengalami transformasi operasi dengan pendekatan lebih mudah dan ringkas untuk pengguna, di samping membuka peluang kepada sesiapa sahaja membuat penerbangan ke luar negara.
Ryanair hanya mempunyai satu jenis pesawat dengan proses daftar masuk yang mudah.
Michael kini dianggarkan memiliki kekayaan bernilai €1 bilion (RM4.64 billion). — Agensi
Disebabkan tahap perkhidmatannya yang sederhana dan jauh daripada kemewahan, syarikat itu lebih dikenali dengan imej sebagai entiti sentiasa melakukan penjimatan kos.
Perkara sama turut dilihat diamalkan oleh Michael yang sentiasa mencari cara untuk mengurangkan kos termasuk ke dalam kehidupan sehariannya.
Pada awal 2000-an, ahli perniagaan Ireland itu dilaporkan membeli plat lesen teksi untuk Merdes-Benz jenis S-Class di bawah nama 'O'Leary Cabs.
Tindakan tersebut membolehkan kenderaan peribadinya diiktiraf sebagai teksi.
Manfaat daripada status berkenaan, kereta milik Michael yang merupakan antara hartawan terkaya di Ireland dibenar menggunakan lorong bas Dublin untuk mempercepatkan perjalanannya di sekitar ibu kota tersebut.
Secara tidak langsung membolehkan Michael bergerak dengan lebih pantas khususnya untuk ke tempat kerjanya dari kediamannya di Mullingar, terletak kira-kira 79.4 kilometer dari tempat kerja di lapangan terbang yang berada berdekatan pusat bandar Dublin.
Laporan media turut mendedahkan beliau juga mengupah pemandunya sendiri.
Tindakan berkenaan turut menimbulkan perdebatan dalam kalangan masyarakat yang tampil memperdebatkan mengenai kewajarannya.
Usahawan berkenaan disifatkan sebagai menyalahgunakan kelompongan peraturan jalan raya bagi kepentingan diri.
Pada 2003, Michael tampil di Radio RTÉ untuk mempertahankan penggunaan kenderaannya yang berdaftar sebagai teksi.
Dalam temu bual tersebut, beliau mendakwa sudah mematuhi sepenuhnya peraturan untuk membolehkan kenderaannya beroperasi sebagai teksi.
Michael merupakan individu penting mentransformasi Ryanair. — Agensi
Michael kemudiannya dipanggil oleh Menteri Pengangkutan Ireland kerana didakwa menyalahgunakan undang-undang ditetapkan.
"Ia adalah teksi hitam, didaftarkan di Mullingar, saya mempunyai pemandu PSV (lesen memandu kenderaan komersial) yang memandu untuk saya dan jika mereka mahu meminda peraturan mengatakan saya dibenarkan mengambil penumpang di Dublin, saya gembira untuk mengambil penumpang di Dublin - saya akan melakukannya dengan harga lebih murah," ujarnya.
Michael menambah: "Perkara ini hanya menjadi masalah kerana saya memiliki sebuah teksi. Ia tidak akan menjadi isu sekiranya saya menyewa teksi
"Ia (teksi saya) juga menghasilkan resit seperti teksi lain. Jika anda berada di Mullingar hubungi saya, saya gembira untuk menyediakan perkhidmatan buat anda," katanya.
Ketika itu, beliau mendakawa harga tambang dari Mullingar ke Lapangan Terbang Dublin adalah €82 (RM379.97) dan syarikatny memberikan elaun untuk perjalanan tersebut.
Michael menambah, beliau tinggal jauh dari lapangan terbang kerana beliau tidak mahu menetap berdekatan pusat bandar Dublin.
Michael kini dianggarkan memiliki kekayaan bernilai €1 bilion (RM4.64 billion). — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram