Langkah mudah beri impak besar, pendekatan holistik bantu ke arah kelestarian hijau


  • Bizz
  • Sabtu, 01 Mac 2025

Showcase Pemenang Anugerah ESG Positive Impact 2024 berlangsung di Menara Star, Petaling Jaya baru-baru ini.

RASA ingin tahu para pengusaha perniagaan untuk memacu perubahan hijau direalisasikan di Showcase Pemenang Anugerah ESG Positive Impact 2024 (ESG PIA) yang berlangsung di Menara Star, Petaling Jaya baru-baru ini.

Acara penuh gilang-gemilang itu menampilkan penceramah dan pempamer dari pelbagai industri yang cemerlang dalam infrastruktur hijau, dengan kesemuanya adalah pemenang ESG PIA.

Pameran menampilkan usaha kelestarian mereka termasuk pemenang emas 2023: Complete Human Network Sdn Bhd dalam kategori Ekosistem Lestari, MM Century Sdn Bhd (kategori Pengurusan Sisa) dan Heliosel Sdn Bhd (kategori Tenaga Boleh Diperbaharui). Ketiga-tiga pemenang itu diiktiraf dalam segmen perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan segmen syarikat peringkat pertengahan.

Selain itu, pemenang Emas kategori Kepelbagaian, Ekuiti dan Rangkuman (DEI) di bawah segmen syarikat besar, UEM Edgenta Bhd, juga merupakan salah seorang peserta pameran.

BACA LAGI: Program PayNet Cambah inisiatif ESG perkasa golongan ibu, teroka pasaran baharu menerusi e-dagang

BACA LAGI: Anugerah Impak Positif ESG kembali lagi, iktiraf entiti perniagaan pacu kelestarian alam sekitar

Pameran tersebut menampilkan pelbagai industri yang cemerlang dalam infrastruktur hijau termasuk pemenang emas 2023 kategori Pengurusan Sisa, MM Century Sdn Bhd.

Menyedari bahawa amalan dan pengetahuan terbaik seharusnya tidak harus disembunyikan, pengasas dan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Complete Human Network, Teh Chai Peng menyatakan hasratnya untuk melihat perniagaan lain turut sama mengguna pakai amalan hijau.

“Kami menerima teknologi untuk kelestarian, terutamanya melalui penyelesaian mobiliti perusahaan dan menyumbang kepada ekosistem mampan dengan menyelaraskan matlamat perniagaan kami dengan prinsip ESG.

"Selain itu, kami mengekalkan tadbir urus yang kukuh dan integriti operasi, seperti yang dibuktikan dengan persijilan ISO 14001, ISO 27001 dan MyHijau kami,” katanya.

Berkongsi kejayaan

Beliau juga menggalakkan perniagaan untuk menyertai program yang mengiktiraf amalan terbaik, dengan menekankan bahawa pengiktirafan sedemikian memberikan pengesahan dan kredibiliti.

Pada masa sama, beliau menekankan bagaimana anugerah memperlihatkan pencapaian syarikat dan membezakannya daripada pesaing.

“Pengiktirafan meningkatkan kesedaran jenama dan kepercayaan, meningkatkan keterlihatan dan memupuk hubungan lebih utuh dengan pelanggan, rakan kongsi serta pemegang saham.

"Selain itu, penerimaan anugerah meningkatkan moral serta semangat kakitangan sekali gus mendorong penglibatan yang lebih tinggi.

“Program ini menawarkan peluang kepada perniagaan untuk berhubung dengan pemimpin industri dan potensi rakan kerjasama, manakala proses permohonan dan maklum balas berfungsi sebagai alat yang berharga untuk menilai dan memperbaiki amalan perniagaan,” katanya.

Gembira kerana tetamu acara menunjukkan minat terhadap usaha hijau syarikat, Eksekutif Pembangunan Perniagaan MM Century, Baageshryee berkongsi bahawa ramai yang tidak sedar bahawa tindakan kecil dan mudah sebenarnya boleh menyumbang kepada penghijauan negara.

“Penting untuk memulakan sesuatu tindakan dengan perkara mudah yang memberikan manfaat kepada masyarakat.

"Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan PKS yang ingin memulakan perjalanan ESG boleh bermula dengan langkah kecil, menunjukkan komitmen terhadap kelestarian di peringkat individu dan tempat kerja.

“Amalan kitar semula, terutamanya kitar semula e-sisa, adalah perkara utama sebelum istilah ‘ESG’ menjadi popular.

"Selain itu, amalan penting mudah yang boleh dicontohi adalah pelaksanaan tong kitar semula untuk plastik, peralatan teknologi maklumat (IT), pakaian dan banyak lagi di pejabat dan fasiliti lain,” katanya.

ESG PIA 2024 winner's showcase at Menara Star.—AZHAR MAHFOFI/The Star

Syarikat Heliosel antara lain bertujuan untuk mendidik orang ramai tentang kepentingan ESG di peringkat nasional.

Ketua perhubungan kerajaan dan pembangunan perniagaan Heliosel Sdn Bhd (Heliosel), Muhammad Syazwan Mohammad Shamshuri membangkitkan mengenai cabaran pemahaman awam yang terhad tentang ESG.

“Walaupun ESG diketahui umum, ramai yang tidak memahami sepenuhnya maksud di sebalik perkataan itu.

"Heliosel bertujuan untuk mendidik orang ramai tentang kepentingannya di peringkat nasional.

"Kami memberi tumpuan kepada memahami matlamat ESG pelanggan dan menyediakan penyelesaian yang disesuaikan, sama ada untuk sumbangan komuniti atau usaha kemampanan lain, menggunakan pendekatan holistik yang mengimbangi bekalan, permintaan dan keperluan komuniti,” katanya.

Menyoroti pandangan industri

Sementara itu, wakil UEM Edgenta berkongsi strategi dan komitmennya terhadap kemampanan dan DEI.

Peralihan kepada kecemerlangan ESG bukan jalan yang mudah, dan cabaran tidak dapat dielakkan. Namun begitu, sedikit bantuan dalam bentuk perkongsian pengetahuan memberi impak yang besar.

ESG PIA 2024 winner's showcase at Menara Star.—AZHAR MAHFOFI/The Star

Pemenang Emas kategori DEI di bawah segmen syarikat besar, UEM Edgenta Bhd, juga merupakan salah seorang peserta pameran.

Ketua perbankan komersial OCBC Bank (Malaysia) Bhd, Kevin Choo menyatakan bahawa acara itu membolehkan pemenang ESG PIA berkongsi pengalaman dan pandangan mereka, memberikan inspirasi dan pembelajaran kepada peserta semasa.

“Ini juga merupakan peluang yang hebat untuk semua orang berkumpul, berkongsi idea, dan meneroka kemungkinan baru dalam pendekatan lestari.

"Apa yang benar-benar penting adalah komitmen untuk berinovasi dan bertahan, walaupun berhadapan dengan halangan,” kata Choo.

Showcase pemenang ESG PIA dimulakan dengan OCBC Bank melalui ceramah pembiayaan lestari.

Naib Presiden Pembiayaan Lestari OCBC Bank, Teoh Shi Sheng, memperincikan pembiayaan hijau bank tersebut, yang menyediakan pembiayaan kepada PKS sejak lima tahun yang lalu.

Seterusnya, pemenang Anugerah Inisiatif ESG Paling Cemerlang kategori PKS hingga syarikat pertengahan, Iskandar Malaysia Studios Sdn Bhd, serta pemenang Emas bagi Pengurusan Bakat dan Kesihatan Baik serta Kesejahteraan dalam kategori syarikat besar, AIA Bhd, berkongsi pengalaman mereka dalam menubuhkan program-program berkaitan ESG yang berjaya.

Syarikat Complete Human Network mahu melihat perniagaan lain turut sama mengguna pakai amalan hijau.

Pengarah Kelestarian AIA Bhd, Muhammad Junaid Iqbal, berkongsi mengenai kesihatan fizikal dan mental pekerja melalui program yang tersedia melalui aplikasi AIA.

CEO Iskandar Malaysia Studios, Rashid Karim, menekankan keperluan untuk amalan lestari dalam industri perfileman bagi menjimatkan tenaga dan mengurangkan penggunaan bahan api yang disebabkan oleh perjalanan yang berlebihan.

Salah satu sorotan menarik pada acara tersebut adalah Penolong Naib Presiden Bursa Malaysia bagi pembangunan perniagaan dan jualan Bursa Karbon, yang mana topik selok-belok kredit karbon yang boleh didagangkan di Bursa Karbon Bursa Malaysia (BCX) dibincangkan bersama tetamu dan peserta.

“Dunia tidak dapat mencapai sifar bersih menjelang 2050 dengan penyelesaian yang ada sekarang.

"Banyak teknologi ini masih belum boleh dipasarkan secara komersial.

“Pasaran karbon menyediakan saluran, instrumen berasaskan pasaran untuk membolehkan ia mengimbangi dan membangunkan lebih banyak projek karbon di seluruh dunia supaya matlamat sifar bersih dapat dicapai bersama-sama," jelasnya.

Beliau menambah bahawa pelbagai jenis kredit karbon tersedia untuk perniagaan dari semua saiz, daripada syarikat besar hingga PKS.

Showcase Pemenang ESG PIA dianjurkan oleh Star Media Group dengan kerjasama OCBC Bank (Malaysia) Bhd.

Anugerah Star ESG PIA kini dibuka untuk penghantaran. Untuk maklumat lanjut, layari https://staresgawards.com.my/. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp