
SEBUAH pusat perlindungan kucing terbakar mengakibatkan beberapa ekor haiwan peliharaan itu mati di kediaman flat Camar Taman Perling, Johor Bahru, Johor pada Rabu.
Kejadian dipercayai berlaku lewat malam itu tercetus ketika pemilik premis berkenaan berada di luar negeri ekoran hal kecemasan.
"Saya pemilik shelter, saya tiada masa kejadian, rush (bergegas) ke kampung kerana anak saudara saya meninggal dunia kemalangan jalan raya petang hari yang sama," kata azue0109.
Rakaman kejadian dikongsikan di laman TikTok dan meraih perhatian ramai sejak Selasa.
BACA LAGI: [VIDEO] Budak 2 tahun tahan kesakitan kaki tersepit eskalator di pusat beli-belah Alor Setar
BACA LAGI: [VIDEO] Wanita warga emas kena serang, gelang emas diragut penunggang motosikal di Simpang Pulai
Dalam pada itu, tindakan seorang pemuda menyelamatkan kucing-kucing itu meraih pujian ramai walaupun api marak ketika kejadian.
Tidak dibantu sesiapa, individu terbabit memanjat masuk melalui pagar dan membebaskan beberapa ekor kucing dengan melemparkan sangkar ke kawasan yang tidak dijilat api.
Sementara itu, dalam video berasingan beberapa individu tampil menyelamatkan kucing berkenaan yang dipercayai masih hidup dalam insiden kebakaran tersebut.
Tindakan pemuda itu dibanjiri pujian warga maya yang nyata mengagumi keberanian ditampilkan walaupun terpaksa membahayakan diri sendiri.
"Mudah-mudahan mendapat reda ALLAH bang, terima kasih tolong anak bulus tu semua," kata KK Car Rental.
"Terima kasih yang bertarung nyawa cuba selamatkan kucing tu semua, semoga ALLAH membalas kebaikan abang," ujar Enchem.
"Saya doakan supaya abang yang selamatkan kucing tu sentiasa murah rezeki, duit tak putus sentiasa sihat sampai tua, kau orang baik bang," tambah Farman Hazim.
Dalam pada itu, kebakaran dipercayai berpunca akibat litar pintas di kawasan kediaman tersebut dan pemiliknya meminta agar orang ramai memberikannya masa sebelum penjelasan lanjut dibuat.
Difahamkan, kebanyakan haiwan ditempatkan di situ terkorban akibat kebakaran terbabit dan kini sedang menanti laporan penuh daripada pihak bomba.
Belum ada sebarang kenyataan polis mahupun pihak bomba berkaitan insiden berkenaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai membantu siasatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram