MB Kedah Sanusi bebas tuduhan hasutan berkait Agong ke-16


Sanusi dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung kes hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

MAHKAMAH Tinggi, Shah Alam, Selangor membebaskan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, 51, berhubung kes hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dua tahun lalu.

Hakim Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan mengumumkan tidak berhasrat meneruskan kes tersebut.

BACA LAGI: Inisiatif sekolah ikut ranking undang strategi 'aneh', KPM patut fokus kelengkapan fasiliti — Anuar Ahmad

BACA LAGI: Rakam kesalahan lalu lintas, JPJ mula guna kamera badan tahun ini — Anthony Loke

Pada 18 Julai 2023, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri dari Kedah itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor atas dua pertuduhan berkaitan kes tersebut.

Terdahulu, Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), didakwa membuat kenyataan berbaur hasutan berhubung Sultan Selangor dan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak, pukul 11 malam pada 11 Julai 2023.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama, yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp