
SEORANG lelaki maut dihempap runtuhan bangunan ketika mahu merobohkan stor di kediamannya dekat Jalan Tan Sri Ong Kee Hui, Central Timur, Kuching, Sarawak pada Isnin.
Dalam kejadian itu, mangsa dikenali David Chin Zek Hong, 27, maut akibat dihempap runtuhan bangunan berkenaan.
Komander Operasi, Rosli Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu sekitar pukul 10.08 pagi dengan menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan ke lokasi kejadian.
BACA LAGI: Nahas 3 sekawan, remaja lelaki maut tersepit kereta dipandu terbabas di Kota Bharu
“Setibanya di lokasi, didapati terdapat seorang mangsa lelaki dihempap runtuhan bangunan di belakang rumah mangsa.
“Mangsa dikatakan mahu meroboh stor tersebut tetapi dinding konkrit stor telah runtuh dan menghempap mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya, pihak bomba melakukan operasi menyelamat menggunakan peralatan rescue tool sehingga mangsa berjaya dikeluarkan dari runtuhan.
"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian, seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp