Cemburu disyaki punca penyanyi sambilan dibunuh kekasih, polis Melaka rampas 2 pisau


  • 112
  • Isnin, 24 Feb 2025

Seorang wanita ditemui maut dipercayai ditikam kekasihnya di Taman Seri Mangga Seksyen 1, Pokok Mangga, Melaka pada Ahad. — Malaysia Gazette

CEMBURU disyaki motif penyanyi sambilan mati dibunuh di rumah di Taman Seri Mangga Seksyen 1, Malim, Melaka pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, polis menerima aduan pukul 12.31 tengah hari Ahad.

Katanya, saksi memaklumkan terdengar pertengkaran antara mangsa dengan seorang lelaki di dalam bilik mereka, Jumaat lalu, namun tidak mengesyaki apa-apa.

BACA LAGI: ‘Terdengar suara jerit kesakitan’, ibu 3 anak maut disyaki ditikam kekasih di Melaka

BACA LAGI: [VIDEO] Tuhan bayar 'cash', lelaki disambar api ketika cuba bakar traktor di tepi jalan di Turkiye

"Saksi bagaimanapun mengetuk dan membuka pintu bilik rakan serumahnya itu sebelum mendapati mangsa terbaring di atas katil dalam keadaan berlumuran darah.

"Turut berada di dalam bilik itu adalah seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki terbabit kejadian itu, juga dalam keadaan berbaring dan cedera.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku berpunca daripada salah faham antara mangsa dengan suspek berusia 54 tahun itu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut Christopher berkata, suspek kini ditahan reman tujuh hari bermula Isnin untuk membantu siasatan.

Polis turut merampas dua pisau disyaki digunakan dalam kejadian itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan V Somsundram di talian 06-2842222," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram