[VIDEO] Nyanyi lagu sindir polis, guru di Indonesia jadi vokalis kumpulan punk kena pecat


  • Benua
  • Ahad, 23 Feb 2025

Novi vokalis band punk Sukatani dipercayai dipecat menjadi guru ekoran daripada salah satu lagu kumpulannya yang didakwa menyindir kerajaan dan pihak polis. — Agensi

PEMECATAN Novi Citra Indriyati, seorang guru dan vokalis band punk Sukatani, mencetuskan kecaman daripada Persekutuan Kesatuan Guru Indonesia (FSGI) baru-baru ini.

Manakan tidak, Novi dipercayai dipecat ekoran daripada salah satu lagu kumpulannya yang didakwa menyindir kerajaan dan pihak polis.

Malah, data pendidikan Novi yang bertugas di sebuah sekolah swasta di Banjarnegara, Indonesia didapati dinyahaktifkan oleh pentadbiran sekolah pada 13 Februari lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] Remaja 19 tahun disyaki cabul budak perempuan ketika solat subuh di masjid Batang Kali ditahan polis

BACA LAGI: [VIDEO] Terlebih berani hulur makanan sambil usap buaya 'mangsa banjir', warga emas hampir maut dibaham

Presiden FSGI, Fahmi Hatib menegaskan sekiranya pemecatan Novi berpunca daripada lagu berjudul 'Bayar Bayar Bayar', ia adalah tindakan tidak wajar.

 

 

 

 

Beliau menekankan bahawa kebebasan bersuara adalah hak yang dijamin perlembagaan, dan pemecatan tersebut melanggar prosedur yang ditetapkan dalam undang-undang pendidikan.

Sementara itu, Ketua Majlis Pakar FSGI, Retno Listiyarti turut menggesa kerajaan serta pihak berkuasa untuk melindungi hak Novi sebagai seorang guru dan memastikan keadilan dalam isu berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Novi dan gitaris bandnya, Muhammad Syifa Al Lufti, membuat permohonan maaf kepada Ketua Polis Negara, Jeneral Listyo Sigit Prabowo, serta menarik balik lagu tersebut daripada platform digital.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan Jeneral Listyo Sigit menjelaskan bahawa tiada masalah dengan lagu itu dan insiden tersebut berpunca daripada salah faham.

Kes itu terus mendapat perhatian masyarakat, dengan banyak pihak mendesak agar kebebasan bersuara dihormati dan hak Novi dikembalikan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram