KEMUNCULAN konsep dapur awan atau turut dikenali sebagai ghost kitchens (dapur hantu) menyebabkan berlakunya perubahan besar dalam industri masakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Konsep baharu itu telah menarik penggemar makanan dan pemilik perniagaan terhadap cirinya yang membolehkan kedai makan beroperasi secara dalam talian tanpa lokasi fizikal.
Kehadiran dapur awan di Malaysia amat signifikan sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai kesannya terhadap pasaran hartanah.
BACA LAGI: Tiga pesan guru ditemui ketika umrah jadi kekuatan Ikhlas bangunkan platform mesra Muslim
Dapur awan menawarkan potensi begitu besar kepada bakal pengusaha restoran.
Ia memerlukan pelaburan awal jauh lebih kecil berbanding restoran tradisional, menjadikannya lebih mudah diakses pelbagai pelanggan.
Sebelum pengenalan dapur awan, penghantaran makanan dari pusat beli-belah adalah mencabar kerana masa diambil oleh penghantar untuk meletak kenderaan, memasuki pusat beli-belah bagi mengambil makanan dan kemudian menghantarnya.
Kewujudan dapur khusus yang hanya menerima pesanan penghantaran membantu mengurangkan masa diambil dari restoran kepada pengguna.
Mengendalikan restoran tradisional biasanya disertai dengan kos terpaksa ditanggung dan diselenggara oleh ramai pengusaha restoran baharu, termasuk sewa, utiliti dan kakitangan.
Kemunculan dapur awan memberikan sesuatu tawaran berbeza kerana kos persediaannya lebih murah kerana dapat beroperasi di lokasi bukan bernilai tinggi dan jumlah tenaga kerja yang tidak ramai.
Pada 2021, pasaran global dapur awan mencecah RM253.3 billion, iaitu satu angka cukup menakjubkan. — Gambar hiasan
Ia serupa dengan dapur gaya kerja bersama yang menempatkan pelbagai jenama daripada pemilik sama atau berbeza yang beroperasi di premis sama, berbanding dengan satu bangunan tunggal untuk satu jenama.
Lazimnya, amalan berkenaan mengambil bentuk pengurusan struktur bebas yang dipisahkan kepada gerai dapur lebih kecil, setiap satu disewakan kepada penyewa dan jenama yang berbeza.
Matlamat utama adalah untuk mengurangkan perbelanjaan kerana penyewa tidak perlu membayar banyak untuk pekerja atau infrastruktur fizikal.
Selain itu, pengendali boleh bereksperimen dengan item menu dan masakan berbeza tanpa perlu risau tentang menandatangani pajakan jangka panjang untuk ruang fizikal seterusnya memberi satu kelebihan fleksibiliti disediakan dapur awan.
Bagi menampung pengembangan pilihan tempat makan pengguna, pasaran perkhidmatan makanan dapur awan dibahagikan kepada beberapa kategori berbeza berdasarkan jenis pengguna.
Ia biasanya termasuk restoran dalam talian yang menyediakan makanan bungkus dan penghantaran yang masing-masing memenuhi keperluan pelanggan tertentu dan memacu pengembangan pasaran.
Dengan kadar 84.2 peratus penggunaan internet dalam kalangan rakyat Malaysia, syarikat penyelidikan pasaran Mordor Intelligence melaporkan bilangan dapur awan meningkat sebanyak 12.43 peratus pada 2022.
Populariti restoran awan perkhidmatan pantas yang semakin meningkat adalah disebabkan kecenderungan golongan muda untuk menikmati hidangan segera dengan kerap.
Sehingga 2022, didapati kira-kira 84 peratus pelajar di Malaysia memilih makanan segera kerana mereka menganggapnya lebih jimat dan mudah berbanding harga masakan rumah atau restoran tradisional.
Bilangan hartanah ditukar atau disewakan untuk tujuan tersebut juga meningkat secara semula jadi sebagai tindak balas kepada lonjakan permintaan.
Pemilik dan pemaju hartanah komersial turut menyedari bahawa menyewakan ruang kepada pengendali dapur awan turut memberikan keuntungan.
Pemilik dan pemaju hartanah komersial turut menyedari bahawa menyewakan ruang kepada pengendali dapur awan turut memberikan keuntungan. — Gambar hiasan
Hasilnya, persaingan dalam pasaran sewa dapur awan menunjukkan peningkatan.
Penilaian pasaran UOB Foreign Direct Investment Advisory meramalkan rantau Asia-Pasifik akan menyaksikan perkembangan paling ketara dalam pasaran dapur awan dengan jangkaan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 14.4 peratus dari 2021 hingga 2027.
Pertumbuhan itu dipacu penyedia perkhidmatan makanan yang semakin menumpukan pada penghantaran makanan untuk memenuhi keperluan pelanggan yang gemar menjamu selera di rumah.
Pada 2021, pasaran global dapur awan mencecah RM253.3 billion, iaitu satu angka cukup menakjubkan.
Laporan terkini Penyelidikan dan Pasaran, bertajuk 'Pasaran Dapur Awan: Trend Industri Global, Kongsi, Saiz, Pertumbuhan, Peluang dan Ramalan 2021-2027', mengunjurkan angka itu akan meningkat kepada RM485.34 bilion menjelang 2027, dengan pertumbuhan tahunan terkompaun stabil pada kadar 12.4 peratus.
Laporan itu mengaitkan lonjakan terbabit dengan peningkatan penggunaan telefon pintar, akses mudah kepada Internet berkelajuan tinggi dan munculnya banyak perkhidmatan penghantaran.
Trend semakin meningkat pesanan makanan dalam talian dan penghantaran di hadapan pintu, dibantu kemajuan digital dan teknologi menjadi menyumbang utama kepada pengembangan dapur awan.
Selain itu, kemunculan dapur awan turut didorong oleh tumpuan kepada kemudahan, keselesaan dan kualiti perkhidmatan.
Gaya hidup milenium semakin berkembang dengan peningkatan pendapatan boleh guna dan permintaan untuk kemudahan juga memainkan peranan penting dalam kemajuan dapur awan.
Impak terhadap sektor hartanah terjejas
Dalam pada itu, pemilik dan pemaju hartanah mengakui bahawa menukar ruang komersial sedia ada kepada kemudahan dapur awan adalah pilihan yang berdaya maju apabila permintaan untuknya semakin meningkat.
Kesannya, bilangan kediaman yang disenaraikan untuk disewa dengan unit dapur awan turut meningkat.
Impak penyewaan dapur awan terhadap nilai hartanah merupakan satu topik yang kompleks dengan pelbagai pendapat bercanggah.
Antaranya, terdapat pihak menjangka permintaan meningkat untuk dapur awan boleh menyebabkan harga sewa lebih tinggi bagi hartanah yang memenuhi keperluan tersebut..
Pemilik hartanah mungkin boleh menuntut harga lebih tinggi kerana lebih ramai pemilik perniagaan bersaing untuk ketersediaan ruang sedemikian yang terhad.
Situasi tersebut mungkin bermanfaat kepada pemilik hartanah yang telah mengubah ruang mereka menjadi dapur awan.
Bagaimanapun, tiada jaminan bahawa kewujudan dapur awan akan menyebabkan peningkatan ketara dalam nilai harta.
Kekurangan premis fizikal dan trafik pelanggan di kedai mungkin mengehadkan kesannya terhadap nilai hartanah, walaupun ia masih boleh meningkatkan aktiviti ekonomi keseluruhan di sesebuah kejiranan.
Tambahan pula, kemapanan jangka panjang model dapur awan kekal tidak menentu dan sebarang penurunan permintaan secara tiba-tiba boleh membawa kesan negatif terhadap nilai hartanah.
Sebelum pengenalan dapur awan, penghantaran makanan dari pusat beli-belah adalah mencabar kerana masa diambil untuk meletak kenderaan, memasuki beli-belah bagi mengambil makanan dan kemudian menghantarnya. — Gambar hiasan
Kesan penyewaan dapur awan terhadap harga hartanah mungkin berbeza-beza bergantung kepada beberapa faktor, termasuk lokasi hartanah, ciri khusus ruang sewa dan keadaan ekonomi keseluruhan di kawasan tersebut.
Sewaan dapur awan mungkin mempunyai kesan lebih ketara pada nilai hartanah di kawasan yang mendapat permintaan tinggi khususnya untuk perkhidmatan penghantaran makanan.
Sebaliknya, kesannya mungkin kurang ketara di kawasan kejiranan yang kurang mendapat perhatian atau semasa tempoh kemelesetan ekonomi.
Dalam dunia masakan Malaysia hari ini, kemunculan penyewaan dapur awan mendorong sektor makanan dan minuman bergerak maju ke hadapan.
Konsep dapur itu memberi manfaat kepada kedua-dua pengguna dan pemilik perniagaan, tetapi kesannya terhadap nilai hartanah mungkin sukar ditentukan.
Walaupun konsep itu wujud selama hampir sedekad, kemunculan semula yang kukuh semasa pandemik sentiasa mendorong terhadap minat dan perbincangan amalan berkenaan. — The Star/SAMANTHA WONG
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram