
PENGARAH Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Maria Suleiman menafikan dakwaan dalam video tular yang mendakwa seorang wanita warga emas ditolak rawatan di Hospital Kota Marudu, Sabah.
Dr Maria menjelaskan bahawa pihak hospital mengikuti prosedur yang betul dan pesakit telah menerima rawatan mengikut standard.
Menurutnya, pesakit tiba di Unit Kecemasan pada 6 Februari dan selepas penilaian klinikal, dia diklasifikasikan sebagai Zon Hijau (tidak kritikal) dan disarankan untuk mendapatkan rawatan di Jabatan Pesakit Luar (JPL).
BACA LAGI: [VIDEO] Hospital Kota Marudu kekurangan doktor, insiden warga emas terbaring kritikal tak dapat rawatan bukan kejadian baharu
BACA LAGI: 'Macam lepaskan kuda berlumba', peniaga gesa PBT perbaiki sistem pemilihan tapak bazar di Muar
Bagaimanapun, keluarga warga emas tersebut memilih untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta.
Pada masa sama, Dr. Maria turut menghubungi ahli keluarga pesakit secara peribadi untuk menawarkan rawatan lanjut.
Beliau turut menegaskan bahawa video tular itu dirakam oleh individu yang tidak dikenali oleh keluarga tersebut dan menggesa agar orang ramai untuk mengelakkan penyebaran maklumat yang tidak disahkan.
Menurutnya lagi, Jabatan Kesihatan Negeri komited untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan terus meningkatkan sistem triage bagi memastikan pesakit yang memerlukan rawatan segera diutamakan.
Terdahulu, Majoriti melaporkan seorang wanita warga emas terbaring kesakitan di atas bangku konkrit di Kota Marudu.
Difahamkan, warga emas itu tidak dibenarkan mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerajaan walaupun keadaannya tidak sihat. — The Star/SANDRA SOKIAL
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram