'Macam lepaskan kuda berlumba', peniaga gesa PBT perbaiki sistem pemilihan tapak bazar di Muar


  • Tular
  • Isnin, 17 Feb 2025

Tangkap layar menunjukkan para peniaga di bazar Ramadan terpaksa berebut untuk mendapatkan tapak niaga.

MENJELANG bulan puasa, tular di media sosial menyaksikan para peniaga di bazar Ramadan terpaksa berebut untuk mendapatkan tapak niaga mengakibatkan suasana yang tidak terkawal dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan mereka.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Muar, Johor itu turut mengakibatkan beberapa individu terjatuh akibat rempuhan orang ramai yang berpusu-pusu mahu mendapatkan nombor undian tapak bazar Ramadan.

Menerusi video tular berdurasi 23 saat itu, apabila pintu masuk dibuka, para peniaga yang sudah lama menunggu dilihat berpusu-pusu bagai kuda terlepas dari kandang dengan mereka berasak-asak dipercayai mahu mendapatkan nombor undian.

BACA LAGI: Mati jatuh longkang, identiti lelaki ditemukan berlumuran darah di Ipoh masih misteri

BACA LAGI: Hilang 4 hari tak pulang rumah, dua beradik akhirnya ditemukan selamat sejauh 36km di Gombak

Meninjau ruangan komen, ramai warga maya menggesa agar pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memperkenalkan sistem pemilihan tapak yang lebih sistematik dan selamat bagi mengelakkan kejadian seperti itu berulang.

"Tiada sistem ke? Sudah macam lepaskan kuda nak berlumba, pihak berkuasa tempatan patut perbaiki sistem tapak bazar," kata Ahmad Hasif.

"Siapa yang urus ini? Sudah macam 90-an tiada sistem teratur dalam pengurusan, main serbu saja, setiap tapak kan ada nombor buatlah cabutan dan tapisan mengikut kelayakan," kata azmanayaz.

"Sepatutnya buatlah cara lain, tak payah sampai nak beratur dalam tempoh yang lama, jangan buat cara first come first serve," kata alice_ly00. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram