Hilang 4 hari tak pulang rumah, dua beradik akhirnya ditemukan selamat sejauh 36km di Gombak


  • 112
  • Isnin, 17 Feb 2025

Nur Syafiqah Elliana (kiri) dan adiknya, Muhammad Adam Mikhail yang hilang sejak empat hari lalu ditemukan selamat di Gombak.

DUA beradik yang dilaporkan hilang selepas keluar rumah di Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor Khamis lalu telah ditemukan selamat. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, mereka masing-masing yang berusia 10 dan 15 tahun terbabit ditemui dalam keadaan selamat di kawasan Gombak, Selangor.

"Polis menerima maklumat daripada pengadu iaitu ibu mangsa yang memaklumkan anaknya sudah ditemukan kira-kira pukul 8 malam Sabtu.

"Wanita terbabit sudah mengambil kedua-dua anaknya itu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

BACA LAGI: Mati jatuh longkang, identiti lelaki ditemukan berlumuran darah di Ipoh masih misteri

BACA LAGI: [VIDEO] Tak sempat beli gula-gula guna duit ibu, 3 beradik maut termakan roti beracun di Mexico

Naazron berkata, dua beradik terbabit sihat dan kini berada dalam jagaan pengadu.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu usaha pencarian mangsa. 

Terdahulu, media melaporkan kehilangan pasangan adik-beradik, Nur Syafiqah Elliana Muhammad Rizuan Sebastian dan adiknya, Muhammad Adam Mikhail pukul 2.48 pagi Jumaat.

Nur Syafiqah Elliana kali terakhir dilihat memakai baju dan seluar tracksuit gelap serta berselipar ungu.

Manakala, adik lelakinya Muhammad Adam Mikhail yang turut hilang mempunyai bentuk fizikal badan kecil dan berambut pendek. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram daTelegram