
SEORANG wanita berusia 59 tahun ditahan kerana didakwa membunuh suaminya berikutan perselisihan yang berlaku antara mereka.
Lelaki berusia 60 tahun itu dipercayai ditikam oleh suspek di sebuah unit pangsapuri kawasan Kajang pada pukul 11.05 pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, polis telah merampas sebilah pisau yang digunakan dalam kejadian itu bersama barang-barang lain yang berkaitan dengan kes tersebut.
BACA LAGI: Dua pelajar dikhuatiri lemas lepas cuba ambil bola terjatuh di Sungai Perak
BACA LAGI: [VIDEO] Suspek kes bunuh Norshamira miliki 6 rekod jenayah berkaitan kes judi
"Suspek telah ditahan dan direman sehingga Jumaat (21 Februari)," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat dan punca kematian disahkan akibat daripada beberapa tikaman, tambahnya.
Kes ini telah disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.
"Kami menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini untuk menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Mohamed Hafiz Hamzah di talian 019-6556536 atau mana-mana balai polis terdekat," tambahnya. — The Star/FARIK ZOLKEPLI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram