Dua pelajar dikhuatiri lemas lepas cuba ambil bola terjatuh di Sungai Perak


  • 112
  • Isnin, 17 Feb 2025

Operasi mencari dan menyelamat digerakkan dengan kekuatan tujuh anggota menggunakan bot aluminium.

DUA pelajar sekolah dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam Sungai Perak dekat Kampung Tepus, Parit, Perak pada Isnin.

Maklumat kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Parit pada pukul 4.21 petang melibatkan remaja lelaki masing-masing berusia 16 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Muhammad Shah.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, semasa kejadian, mangsa dikatakan cuba mengambil bola yang jatuh ke dalam sungai.

BACA LAGI: [VIDEO] Suspek kes bunuh Norshamira miliki 6 rekod jenayah berkaitan kes judi

BACA LAGI: [VIDEO] 'Ujian dekat nak puasa', penduduk simpati rumah di Kuala Terengganu dijilat api

Pelajar_lemas_1

Penduduk kampung menggunakan bot nelayan turut membantu operasi pencarian di lokasi kejadian. 

Susulan itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Parit bergerak ke lokasi sejauh 11 kilometer.

"Operasi mencari dan menyelamat digerakkan dengan kekuatan tujuh anggota menggunakan bot aluminium.

"Penduduk kampung menggunakan bot nelayan turut membantu operasi pencarian di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar dan Pulau Pangkor telah digerakkan membantu operasi.

"Keadaan cuaca ketika ini mendung dengan arus air sungai deras. Setakat 6.30 petang, kedua-dua mangsa belum dijumpai," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram