
MAYAT seorang peniaga wanita yang ditemui di tepi Sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, Pahang pada 13 Februari lalu dipercayai dibunuh oleh seorang suspek yang didapati mempunyai rekod lampau berkaitan kes judi.
Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, siasatan mendapati suspek berusia 53 tahun itu pernah disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Suspek yang kini direman sehingga Jumaat itu juga didapati sering berpindah-randah.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Ujian dekat nak puasa', penduduk simpati rumah di Kuala Terengganu dijilat api
BACA LAGI: 'Macam lepaskan kuda berlumba', peniaga gesa PBT perbaiki sistem pemilihan tapak bazar di Muar
“Setakat ini, siasatan masih diteruskan. Keterangan beberapa individu, termasuk saksi yang melihat mangsa berhampiran sungai dan ahli keluarga, telah dirakam untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi.
Pada Sabtu lalu, seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes bunuh wanita tersebut telah ditahan di sebuah rumah di kawasan perumahan Wakaf Tembusu Gong Badak, Kuala Terengganu, kira-kira pukul 5.30 pagi.
Turut dirampas sebentuk cincin, wang tunai, pakaian dan dokumen telah dirampas bersama suspek untuk membantu siasatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, mengesahkan bahawa suspek mempunyai enam rekod lampau berkaitan perjudian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram