[VIDEO] Tindakan pantas pelancong wanita Malaysia selamatkan pemuda lemas depan mata kawan-kawan di Sri Lanka


  • Tular
  • Ahad, 16 Feb 2025

Tangkap layar video Farah sedang menyelamatkan seorang lelaki yang hampir lemas di Air Terjun Diyaluma di Colombo, Sri Lanka baru-baru ini.

SETIAP manusia berada di satu tempat pasti ada tujuannya, sama ada disedari atau tidak.

Bagi Farah Putri Mulyani, perjalanannya ke Air Terjun Diyaluma di Colombo, Sri Lanka bukan sekadar menikmati keindahan alam, tetapi menjadi detik yang menguji keberanian dan naluri kemanusiaannya ketika melancong di negara tersebut baru-baru ini.

Melalui satu perkongsian video di laman Instagram miliknya pada Rabu, Farah berkongsi satu insiden yang mana dia menyelamatkan nyawa seorang lelaki daripada lemas di kawasan tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Mabuk, provokasi punca pekerja Nepal maut ditikam 5 lelaki di kilang Batu Pahat — Polis

BACA LAGI: [VIDEO] Warga emas hidap skizofrenia maut, kaki tersadung dirempuh kenderaan ketika lintas jalan di Mexico

Menurut Farah, ketika kejadian, dia berada di dalam air serta sedang merakam video suasana lokasi air terjun tersebut sambil menikmati alam semula jadi.

Bagaimanapun, dia dikejutkan keadaan kecoh dan seorang lelaki menjerit nama seseorang dalam keadaan panik di kawasan air terjun tersebut.

Farah bertanya kepada lelaki tersebut dan terus menyelam ke dalam air bagi menyelamatkan mangsa serta membawanya naik ke atas.

Turut kedengaran Farah bertanya sama ada lelaki berkenaan boleh berenang atau tidak ketika rakan-rakan mangsa menariknya ke tebing sungai.

"Berlaku di Air Terjun Diyaluma. Saya selamatkan individu daripada lemas. Kejadian ini mengubah perjalanan saya.

"Saya berpendapat lebih ramai orang perlu sedar tentang bahaya air terjun kerana ada kolam yang boleh menyebabkan jatuh begitu dalam serta tiada arus di bawahnya untuk bantu berenang.

“Sekiranya anda bukan seorang perenang, ia meletakkan nyawa anda lebih bahaya,” katanya pada hantaran Instagram Rabu lalu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya dari seluruh dunia memuji tindakan Farah menyelamatkan lelaki tersebut.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram