[VIDEO] Niat nak beriadah terbantut, penduduk gempar mayat kembung ditemui di Sungai Golok


  • Tular
  • Ahad, 16 Feb 2025

Tangkap layar video penduduk sekitar Sungai Golok gempar selepas penemuan mayat kembung di sungai tersebut pada Ahad.

PENDUDUK sekitar Sungai Golok, Kelantan gempar selepas mayat dipercayai lelaki ditemui dalam keadaan kembung dan terapung di sungai tersebut pada Ahad.

Kejadian itu turut mengundang pelbagai spekulasi dan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.

Apatah lagi penemuan mayat itu didakwa bukan kali pertama terjadi di Sungai Golok.

BACA LAGI: [VIDEO] Mabuk, provokasi punca pekerja Nepal maut ditikam 5 lelaki di kilang Batu Pahat — Polis

BACA LAGI: Gelang emas Norshamira digadai RM30,000, pekerja kedai pajak ditahan di Kuala Terengganu — Polis

Berdasarkan maklumat awal yang dikongsikan di aplikasi Telegram, mayat tersebut dijumpai orang awam ketika beriadah di sebuah taman berhampiran dengan lokasi kejadian.

Melalui video yang dikongsikan, kelihatan sekumpulan orang awam mengerumuni tempat kejadian dan mayat dipercayai lelaki tanpa identiti itu ditemukan dalam keadaan terapung di tebing sungai berkenaan.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram