
SEORANG lelaki warga emas maut selepas dilanggar sebuah kenderaan ketika cuba melintas di Bulevar Aeropuerto, berhampiran kawasan perumahan Fracciones Sangre de Cristo, Mexico pada Jumaat lalu.
Memetik laporan media antarabangsa, video kejadian yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) tular di laman edia sosial pada Sabtu selepas suspek yang melanggar suspek melarikan diri selepas kejadian.
Menurut maklumat awal, kejadian berlaku sekitar pukul 6 pagi pada 14 Februari di Bulevar Aeropuerto dekat persimpangan Avenida Ciudad Asis, berhadapan pusat beli-belah Outlets.
BACA LAGI: [VIDEO] Mabuk, provokasi punca pekerja Nepal maut ditikam 5 lelaki di kilang Batu Pahat — Polis
Pengguna jalan raya yang menyaksikan kejadian segera menghubungi pihak berkuasa melalui talian kecemasan, melaporkan seorang lelaki telah dirempuh di jalan raya tersebut.
Macam itu sahaja hilang nyawa pic.twitter.com/iitrNfq3vi
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) February 16, 2025
Pasukan Polis Trafik dan paramedik tiba di lokasi sejurus menerima laporan. Bagaimanapun, pemeriksaan perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia ekoran daripada kecederaan parah yang dialaminya.
Bagi mengelakkan perhatian orang ramai, mayatnya ditutup dengan selimut sementara menunggu tindakan lanjut.
Pihak berkuasa turut memasang pita keselamatan di sekitar kawasan kejadian, menyebabkan laluan trafik terganggu dengan kesesakan sepanjang beberapa kilometer.
Seementara itu, menurut pihak berkuasa tempatan, mangsa dikenal pasti sebagai Roberto dan berusia 85 tahun. Mangsa juga dilaporkan hilang oleh keluarganya awal pagi hari kejadian.
Roberto menghidap skizofrenia dan telah meninggalkan rumahnya di Colonia Sangre de Cristo dan kehilangannya dilaporkan kepada pihak berkuasa kira-kira pukul 5 pagi Jumaat, namun keluarganya hanya menerima berita kematiannya sejam kemudian selepas beliau dilanggar di Bulevar Aeropuerto.
Sehingga kini, pihak berkuasa masih menyiasat punca sebenar kemalangan dan identiti pemandu yang terlibat. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram